Samson - Ini Mungkin Kucing Terbesar Dan Tercomel Yang Pernah Anda Lihat

Seekor kucing yang bernama Samson diiktiraf sebagai kucing terbesar di bandar New York.

Kucing ini dikenali sebagai Samson, diiktiraf sebagai kucing paling besar di New York. Dia kini seberat 13kg dan sepanjang 4 kaki.

Dia mungkin nampak garang tetapi sebenarnya sangat manja bersama tuannya. Samson selalu menunggu tuannya di muka pintu dan perkara pertama yang akan dilakukannya setiap pagi adalah duduk di atas perut tuannya. Alamak, berat tu!

Kepada peminat kucing anda pasti geram mahu memegangnya, kan? 

Sumber gambar dari catstradamus  & cerita asal dari Boredpanda