Laguna Berwarna Merah Jambu Yang Mesti Anda Kunjungi

Ya, ia berwarna merah semulajadi dan suasana yang sangat jarang ditemui.

Laguna merah jambu di Mexico menjadi viral di Instagram. Apa itu Laguna? Laguna adalah satu kawasan yang terasing dari laut yang biasanya ditemui di tepi pantai. 

Warna merah jambu? Ramai yang susah nak percaya dengan situasi ini namun ianya benar-benar berlaku dan ianya terjadi secara semulajadi & terdapat penjelasan saintifik tertentu bagaimana ia terjadi.  

Laguna ini boleh ditemui di sebuah perkampungan kecil di  Las Coloradas, terletak di pantai timur semenanjung Mexico’s Yucatán. 

Tiada pewarna diletakkan untuk mewarnakan laguna ini. Ia sebenarnya menempatkan planton merah dan spesis “brine shrimp” yang menjadikan tempat ini berwarna dengan tindak balas kimia dari badan mereka.

Cantik kan?

(sumber: mymodernmet)

Share² lah yerr..
Categories news

Leave a Comment