Inovasi Isyarat Berlampu Kepada Penunggang Basikal

Projektor kecil yang mampu memberi isyarat amaran kepada pengguna jalan raya yang lain.

Bagi penunggang basikal isu keselamatan sering diperkatakan. Lebih-lebih lagi kebanyakkan pengguna jalan raya sering mengabaikan mereka. Terutama apabila membelok, berhenti dan sebagainya. 

Seorang pereka bernama Elnur Babayev memberi pengalaman menungggang basikal dengan cara yang berbeza iaitu dengan mencipta Cyclee.

Cyclee akan memancarkan isyarat berlampu seperti projektor kecil mengikut keadaan untuk memberi amaran kepada pengguna jalan raya yang lain. Pengguna juga boleh mengubah tetapan pada telefon pintar. 

Selepas ini kalau nak berbasikal barulah rasa lagi selamat, kan?

sumber: Yanko Design