Maksud Gaji Kasar Gaji Bersih Dan Gaji Pokok Yang Perlu Anda Tahu

Ini adalah apa yang dimaksudkan dengan gaji bersih (hakiki), kasar, bersih pokok yang anda perlu tahu apabila anda mendapat gaji dari majikan anda

Maksud Gaji Kerja Kerjaan / Swasta / Sendiri

Maksud Gaji Kerja Kerjaan / Swasta / Sendiri
Contoh Gambar Dari : Rhythm-of-myheart.blogspot.com

Apabila disebut sebagai gajiianya merupakan suatu bayaran dengan sejumlah wang/duit atau pampasan yang diberikan secara tetap oleh majikan kepada pekerja dibawahnya yang telah dipersetujui dalam kontrak pekerjaan semasa mula-mula anda kerja dahulu.

Ia juga boleh diklasifikasikan sebagai pertukaran tugas atau kerja yang dilakukan dalam bentuk gaji. Ia biasanya dibayar mengikut tempoh yang diberikan oleh majikan.

“Ia juga ditakrifkan dari sudut padang menjalankan suatu perniagaan sebagai kos pemerolehan dan pengekalan tenaga manusia untuk tujuan menjalankan operasi, lalu dikenali sebagai perbelanjaan kakitangan atau perbelanjaan gaji (personnel expense dan salary expense). Ia turut dicatakan dalam bentuk senarai dalam perakaunan ” – Wikipedia

Jika anda seorang yang bekerja yang setiap bulan menerima gaji dari majikan, atau anda merupakan majikan kepada pekerja anda, ini adalah informasi berkaitan gaji yang perlu anda tahu serba sedikit.

Penting untuk anda tahu jenis-jenis gaji ini supaya senang untuk anda mengisi borang cukai LHDN, nak mohon pinjaman peribadi (Personal Loan), pinjamaan perumaah awam (LPPSA), pinjaman kereta dan sebagainya yang berkaitan dengan gaji anda.

Dibawah kami kongsikan secara ringkas tentang Jenis-Jenis Gaji :

Gaji Pokok : Merupakan gaji tetap anda dan ianya tidak termasuk elaun yang anda perolehi. Gaji pokok juga disebut sebagai Gaji Hakiki anda.

Gaji Kasar : Merupakan gaji dimana (Gaji Pokok + Elaun) yang anda perolehi seperi elaun perumahan kerajaan, sara hidup atau cola yang anda dapat tetap setiap bulan tanpa ditolak sebarang potongan.

Gaji Bersih : Merupakan (Gaji Pokok + Elaun) – Potongan bulanan yang ditolak seperti potongan cukai, dan berkaitan dengannya.

*Tambahan :

Gaji Buta : Merupakan gaji yang diterima dimana dia tidak melakukan sedikit pun dari keseluruhan pekerjaanya, dalam erti kata lain orang yang menerimanya disebut sebagai makan gaji buta

Share² lah yerr..
Categories Panduan