'Malinnov' Pistol Semi Automatik Buatan Malaysia

Pistol pertama buatan Malaysia

Berita menarik untuk anda tahu, Malaysia kini selangkah lagi maju kehadapan dalam industri keselamatan dan pertahanan tempatan. Sebuah syarikat, Aegis Malinnov Sdn Bhd memperkenalkan pistol semi automatik buatan mereka baru-baru ini.

Malinnov, pistol semi automatik M1P 9MM Caliber ini djangka keluar pada tahun ini. Menurut pengerusinya Tan Sri Hashim Meon, syarikat terbabit telah mendapat kelulusan untuk menjual senjata api dari Kementerian Dalam Negeri dan akan ke fasa seterusnya iaitu mendapatkan pengiktirafan ujian ketahanan pistol dari Institut Penyelidikan Sains & Teknologi Pertahanan (STRIDE).

Pistol seberat 830 gram berkualiti dan dikatakan setaraf dengan pistol-pistol yang ada di pasaran antarabangsa. Proses pembuatan pistol ini mengambil masa selama 5 hingga 6 tahun untuk dihasilkan. Fuh!

Kami ucapkan selamat maju jaya untuk semua aggota kumpulan 'Malinnov' ini. Satu pencapaian yang boleh dibanggakan khasnya untuk semua rakyat Malaysia.

Baca juga: China Cipta Helikopter Dron Yang Membawa Penumpang Pertama Di Dunia

Sumber: The Coverage