Cara Solat Sunat Aidiladha Beserta Lafaz Niat Dan Tasbih

Cara solat sunat aidiladha, Hukum Solat Aidiladha atau dikenali juga sebagai Hari Raya Korban atau raya haji ini adalah sunat muakkad. Ia digalakkan dikerjakan pada awal pagi bagi membolehkan penyembelihan haiwan korban dilaksanakan segera selepas itu.

Solat ini dikerjakan dua rakaat dengan semua rukunnya menyamai solat fardu, kecuali melakukan takbir tujuh kali pada rakaat pertama dan lima kali (rakaat kedua) yang diselangselikan dengan tasbih di antara setiap takbir.

Takbir tujuh kali pada rakaat pertama tidak termasuk takbiratul ihram.

Niat Solat Aidiladha

Niat Solat Aidiladha

Usalli sunnatan li’aidil adha rak’ataini makmuman lilla’hi ta’ala

(Sahaja aku solat sunat Aidiladha dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala).

Lafaz Tasbih Ketika Takbir

Lafaz Tasbih Ketika Takbir

Lafaz tasbih di antara lafaz takbir tujuh (rakaat pertama) dan takbir lima (rakaat kedua) ialah:

Cara Menunaikan Solat Sunat Aidiladha

◎ Rakaat Pertama
- Mulai dengan lafaz takbiratul ihram, dengan menyebut Allahu Akbar disertakan dengan niat solat aidilfitri/aidiladha di dalam hati.
- Membaca doa iftitah.
- Lafaz takbir tujuh kali diselangselikan dengan bacaan tasbih.
- Membaca surah Al-Fatihah.
- Membaca surah Al-Quran (disunatkan membaca surah Al-A’laa).
- Meneruskan solat sehingga selesai rakaat pertama.

◎ Rakaat kedua
- Mulai dengan lafaz takbir intiqalat (takbir permulaan rakaat kedua).
- Lafaz takbir lima kali diselangselikan dengan bacaan tasbih.
- Membaca surah Al-Fatihah.
- Membaca surah Al-Quran (disunatkan dalam rakaat kedua membaca surah Al-Ghaasyiyah).
- Meneruskan solat sehingga selesai rakaat kedua.
- Memberi salam.

Berkaitan Khutbah Solat Sunat Hari Raya Aidiladha

Solat Aidiladha diikuti khutbah. Khutbah berkenaan sama dengan khutbah Jumaat, iaitu mengandungi khutbah pertama dan khutbah kedua. Bagaimanapun, khutbahnya selepas solat.

Khatib disunatkan melafaz takbir sembilan kali pada khutbah pertama dan tujuh kali pada khutbah kedua.

Untuk lebih kefahaman, anda boleh tonton video ini.