Memburu Pokemon Di Dunia Sebenar Yang Sangat Comel

Pemburuan epik, tangkap Pikachu di bandar New York!

Selepas permainan Pokemon Go secara rasmi dilepaskan kepada umum, (walaupun masih ada beberapa negara secara rasminya belum mendapat sokongan aplikasi) permainan ini nampaknya betul-betul buat dunia ketagih, ketagih untuk memburu pokemon.

Baca: 'Pokedrone' Alat Yang Akan Membantu Anda Menangkap Pokemon Dengan Mudah

Seorang bintang Youtube, Casey Neistat  menghangatkan lagi dunia Pokemon Go dengan memuat naik sebuah video yang berjudul 'Pokemon Go In Real Life'. Video percubaan menagkap Pikachu di tengah-tengah bandar New York ini memberitahu kepada anda betapa dasyatnya para pemburu Pokemon sanggup mengambil risiko hanya semata-mata untuk menangkap Pokemon.

Kepada anda yang sudah pun bergelar sebagai pemburu Pokemon, keselamatan jangan lupa ya, apa pun sila enjoy!