ProtoHaus: Rumah Mudah Alih Yang Kecil Tetapi Cukup Sempurna

Adakah anda mengidamkan sebuah rumah yang cukup selesa dan boleh dibawa kemana-mana? Jika ya, mungkin ini adalah rumahnya.

Tempat tinggal adalah satu keperluan, jadi kecil atau besar bukanlah ukuran. Hidup dalam keadaan serba ringkas dan sederhana, mahu tak kalau kami memperkenalkan sebuah rumah kecil mudah alih yang boleh dibawa kemana-mana, jadi jika anda mengembara rumah ini juga turut mengembara sekali.

Rumah yang kami maksudkan ini ialah ProtoHous. ProtoHous adalah sebuah rumah kecil yang direka khas untuk dibawa ketika mengembara, dalam erti kata lain boleh juga kita panggil sebagai ‘rumah jelajah’.

Diperbuat daripada kayu, rumah kecil dengan keluasan 125 kaki persegi ini sudah cukup sempurna menjadi tempat penginapan. Fungsi asas seperti tempat memasak, dapur, tempat rehat dan juga ruang bacaan kesemuanya lengkap dan sangat selesa digunakan.

Idea membina ProtoHous ini sudah wujud pada tahun 2009 lagi, diilhamkan oleh Ann Holley dan suaminya Darren Macca. Selain itu ia juga dibantu oleh kawan-kawannya kemudian barulah proses binaan secara penuh dibuat oleh syarikat S. C. Holley Construction.

Baca juga: Arkitek Poland Perkenalkan Rumah ‘Flat Pack’ Pada Harga $525 Usd

Sumber: ProtoHaus

Leave a Comment