5+ Punca Wanita Kerap Kencing Dengan Tidak Normal

Jika ke tandas untuk kencing dalam sekali sehari, ia merupakan satu rutin yang normal. Tetapi jika terlalu kerap ke tandas untuk membuang air kencing di kalangan wanita, ia boleh menjadi sesuatu yang harus diambil perhatian.

Foto By : Myhealthygram.com

Kerap Kencing merupakan suatu masalah yang selalu dialami oleh kebanyakan kaum hawa. Kencing merupakan proses semula jadi yang berlaku terhadap semua benda hidup untuk menyingkir bahan kumbahan dalambadan.

Air kencing yang disingkirkan oleh buah pinggang akan mengalir melalui saluran ureter (tiub yang membawa air kencing keluar badan) dan disimpan didalam pundi kencing sebelum dibuang melalui salur pundi kencing. 

Kencing yang kerap mampu menjadi tanda kepada pelbagai penyakit seperti buah pinggang,jangkitan saluran kencing dan sebagainya.

Menurut Dr M Ramzdhan dari laman web DoctorOnCall, antara punca-punca wanita mengalami kerap kencing adalah:-

1.   Penyakit Diabetes

Kerap kencing dengan jumlah air kencing yang sangat banyak kebiasannya merupakan gejala awal penyakit diabetes. Ini kerana badan cuba untuk membersihkan dirinya dari glukosa yang tidak digunakan melalui air kencing.

2.   Kehamilan

Pada awal kehamilan, rahim  menjadi semakin membesar dan akan memberikan tekananpada pundi kencing dan menyebabkan anda  kencing dengan  kerap.

3.   Penggunaan Diuretik

Diuretik merupakan sejenis ubat yang digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi atau cecair bertangkungan di dalambuah pinggang dan membuang cecair berlebihan dari badan yang menyebabkan anda  kerap membuang air kecil.

4.   Mengalami strok atau penyakit saraf lain

 Kerosakan saraf yang mengawal pundi kencing bolehmenyebabkan masalah pundi kencing, termasuklah kekerapan  dan kedesakan untuk membuang air kencing.

5.   Minum kualiti air  yang banyak

Minum lebih banyak air daripada keperluanbadan anda boleh menyebabkan badan anda menjadi kerap kencing.

6.   Pengambilan alkhol, kafein

 Alkohol dan kafein boleh bertindak sebagai diuretik, yang menjadi anda lebih kerap kencing. Minuman berkarbonat juga merangsangkan pundi kencing, dan menyebabkan  anda kencing lebih kerap.

Rujukan :

-  DoctorOnCall