5+ Punca Migrain Sakit Kepala Yang Berlaku Kepada Anda

Anda diserang sakit kepala yang teramat sangat seperti jarum yang tajam mencucuk-cucuk kepala anda. Adakalanya anda kepala anda berat dan muntah-muntah, anda mungkin mengalami migrain.

Foto : geralt/pixabay

Migrain atau dalam istilah perubatannya Vascular Headache ialah sakit kepala yang teruk dan menyerang secara berulang-ulang. Kebiasaanya berlaku di sebelah bahagian kepala sahaja dan ada juga berlaku di keduah-dua bahagian kepala.

Migrain berlaku disebabkan saluran darah di kepala yang menyalurkan darah ke otak mengalami pengembangan. Urat saraf akan mengesan rasa sakit yang berlaku pada saluran darah tadi dan menghantar isyarat sakit ke otak.

Tanda-tanda Migrain

Antara tanda-tanda seseorang itu di serang migrain adalah seperti berikut:-

Semasa mengalami migrain

1.      Sakit Kepala yangberdenyut-denyut

2.      Loya dan muntah-muntah

3.      Kepala berasa berat dan tidakmempu untuk melakukan sebarang tugasan

4.      Tidak tahan dengan bunyi yang kuatdan cahaya yang terang

Sebelum mengalami migrain

1.      Penglihatan kabur (pitam)

2.      Bibir,muka dan tangan berasakebas

3.      Hilang selera makan

4.      Bertuturan yang tidak betul

5.      Hilang fokus pada kerja

Punca-punca Migrain

Migrain berlaku di sebabkan oleh beberapa punca dan  kesan daripada punca-punca  ini mungkin tidak sama bagi semuapenghidapnya. Antaranya ialah:-

1. Pemakanan

Pengambilan kafein, buah-buahan sitrus, alcohol atau makanan yang mengandungi tyramine (kacang, keju atau sebagainya) yang berlebihan mampu mencetuskan berlakunya mingrain.

2. Terlalu lama bertumpu pada skrin laptop atau skrin tv , bunyi yang terlalu bising atau mencium bau yangkuat seperti perfume boleh menyebabkan migrain.

3. Mengalami tekanan, keletihan ,cemas marah dan sebagainya juga boleh menjadi faktor berlakunya migrain.

4. Putus haid atau datang haid

5. Pengambilan ubat hormone atau pil tidur

6.  Kurang tidur atau rehat   

Sakit kepala yang teruk boleh menggangu kehidupan kita seharian. Untuk mengawal atau mengurangkan migrain daripada  kerap berlaku, adalah dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat dan mengelakkan perkara yang anda kenal pasti punca penyebab

Cara Atasi Dengan Panadol

Cara Atasi Dengan Panadol Panadol Actifast

➦Beli di Shopee dengan harga RM 8.17

Kalau sakit kepala hingga menggagu kerja harian anda, boleh cuba makan Panadol ActiFast, ni antara panadol yang bekesan dengan pantas boleh rawat sakit kepala, kalau tak baik juga, sila berjumpa doktor untuk nasihat seterusnya.