7 + Punca Sakit Kepala Umum Yang Selalu Menyerang Diri Kita

Punca sakit kepala selalu datangnya dari sebelah kiri kanan ataupun belakang kepala, selalunya stress, ketika hamil antara punca utama, kadangkala ianya berlarutan lama

Sakit kepala sering berlaku di kalangan rakyat Malaysia malah seluruh dunia. Ia berlaku tidak kira peringkat umur dan pastinya semua pernah alaminya. Kebiasaannya, ia bukan menggambarkan satu penyakit yang serius tetapi rasa sakit seperti dicucuk-cucuk jarum dekat  kepala amat menyakitkan dan boleh menganggu kerja seharian kita.

Disini dikongsikan punca-punca sakit kepala dan kenapa boleh berlaku kepada kita. Mungkin salah satu daripadanya adalah penyebab kenapa anda rasa pening kepala sekarang.

1. Tidak Cukup Tidur/ Insomnia Sepanjang Malam

1. Tidak Cukup Tidur/ Insomnia Sepanjang Malam

Foto kredit : stephaniedalfonzo.com

Tidur yang tidak mencukupi atau masalah susah hendak tidur malam akan menyebabkan masalah sakit kepala yang serius. Ini kerana otak dan otot tidak dapat rehat yang secukupnya dan menyebabkan ketegangan dan memaksa pengeluaran hormon stress, di mana kedua-duanya akan mencetuskan rasa sakit kepala ringan atau berat.

2. Stress Dan Menghadapi Tekanan Di Tempat Kerja Atau Sewaktu Belajar

2. Stress Dan Menghadapi Tekanan Di Tempat Kerja Atau Sewaktu Belajar

Foto kredit : roberthalf.com

Tekanan atau stress antara punca utama mengapa wanita lebih mudah diserang sakit kepala. Apabila anda stress, banyak hormon akan dikeluarkan sebagai proses tindak balas tubuh. Kesannya otot akan menjadi tegang dan mencetuskan rasa pening kepala. 

Untuk mengelakkan stress, pastikan kita perlu bijak dan mahir menangani stress serta sentiasa bersedia atau tahu apa yang perlu dilakukan apabila berdepan dengan situasi yang tegang atau panik. 

Tenang menangani masalah adalah kunci kita untuk mengawal stress. Jika tidak, kesannya akan menjadi lebih buruk. Bukan sahaja sakit kepala yang sentiasa datang, malahan yang lebih serius turut menjadi risiko seperti migrain, sakit badan, pengsan, darah tinggi dan sebagainya.

3. Lapar /Perut Kosong

3. Lapar /Perut Kosong

Pastikan kita mengambil sarapan di waktu pagi. Perut kosong di waktu pagi yang lambat diisi boleh mengganggu aktviti atau pekerjaan kita.Ini berikutan berlakunya penurunan paras glukosa (gula) dalam darah yang akan menyebabkan rasa letih, menggigil dan hilang mood. Lewat makan, tidak sempat atau lupa untuk ambil sarapan pagi boleh menyebabkan anda terseksa disebabkan oleh masalah kelaparan.

Tidak makan atau lewat mengambil sarapan akan menyebabkan tubuh mengalami stress akibat ketidak seimbangan paras dopamine danserotonin, iaitu sejenis bahan kimia(hormon) di dalam otak yang dihasilkan di dalam otak untuk mengawal perasaan dan emosi lalu menyebabkan rasa pening. Kesimpulannya, makan dengan betul akan menyebabkan kita lebih rasa tenang dan ceria.

4. Hantu Kopi /Ketagihan Kafein

4. Hantu Kopi /Ketagihan Kafein

Foto kredit:me.me

Kafein mudah didapati dari sumber minuman kopi, teh atau minuman berkarbonat.

Memang sejak dari zaman dulu lagi, kopi digunakan untuk membantu memberi ketenangan dan kelegaan daripada sakit kepala – Excedrin adalah komposisi bahan utamanya. 

Pengambilan kafein yang berlebihan dalam badan kita akan menyempitkan salur darah diotak dan menyebabkan aliran darah di kepala menjadi lambat dan menyebabkan kenapa anda mengalami sakit kepala. 

–>Punca Pencemaran Udara<–

Lebih buruk lagi hari ini, ketagihan minum minuman berkarbonat dengan kerap sebagai sumber kafein terburuk, bukan setakat pencetus kepada sakit kepala yang biasa-biasa.Ia juga biasa dihadirkan sekali dengan pakej obesiti dan penyakit tiga serangkai. 

5. Hormon Tidak Stabil Atau Tanda Awal Hamil

5. Hormon Tidak Stabil Atau Tanda Awal Hamil

Fotokredit: thesportpharmacy.com

Wanita akan mengalami kitaran perubahan hormon yang normal sekali dalam setiap bulan. Proses datang bulan atau kitaran haid juga adalah petunjuk normal bahawa anda adalah seorang yang subur. 

Komplikasi datang bulan atau PMS (Pre-MenstrualSyndrome) ini sering ditunjukkan dengan tanda-tanda mudah mengalami pening kepala. Ohh ya, anda baru dapat berita disahkan hamil? Bermakna anda berada difasa awal kehamilan. Dalam masa ini, mengalami alahan mengandung memang biasa.

6. Sering Terdedah Dengan Radioaktif

6. Sering Terdedah Dengan Radioaktif

Fotokredit: tlccrm youth

Kerap menunduk dan fokus kepada skrin kecil telefon pada posisi duduk, diri atau baring yang sama terlalu lama juga akan menyebabkan rasa mudah sakit kepala. 

Nampak betul tapi kita selalu buat-buat ia bukan penyebabnya. Awas pada sindrom ketagihan gajet. Kawal penggunaan gajet dan elakkan masalah sakit kepala hadir tanpa kita sedari dan tidak tahu punca sebenarnya.

Kurang bercakap menggunakan telefon anda dan dapatkan rehat selama 10 minit. Lakukan stretching atau senaman regangan untuk legakan stress otot dan belakang anda. Sakit kepala pun hilang.

7. Tekanan Darah Tinggi

7. Tekanan Darah Tinggi

Fotokredit: Urgent Care Mississippi

Tekanan darah tinggi juga merupakan salah satu punca sakit kepala. Jantung yang bekerja keras mengepam darah pekat di dalam sistem peredaran darah menyebabkan tekanan dirasai sehingga ke kepala. 

Lebih tinggi tekanan, lebih teruk atau kronik sakit kepala yang dialami. Tekanan tinggi berlaku secara perlahan-lahan akibat tabiat pemakanan dan gaya hidup yang kita amalkan setiap hari. Jika mengalami petanda ketegangan pada leher disertai sakit kepala yang berdenyut-denyut, sila dapatkan pemeriksaan daripada doktor.

Jagapemakanan dan amalkan gaya hidup sihat,  moga-moga sakit kepala keterlaluan mudahhilang dan dapat diatasi.

Rujukan:

1.    Blog.Policystreet.Com

2.    Alodokter

Leave a Comment