Rekabentuk Khemah Seperti Kapal Angkasa 'Star Trek' Yang Cool

Ini rekabentuk khemah yang paling menarik pernah kami lihat setakat ini.

Di antara rekaan khemah terbang pelbagai guna atau khemah berbentuk seperti igluu, dari segi rekabentuk kami lebih suka khemah Star Trek ini. Nampak lebih bergaya dan sudah semestinya sangat cool!.

Kami yakin, kaki camping pasti suka dengan koleksi khemah ini. Direka oleh pereka dari Kanada, Dave Delisle. Khemah dengan sentuhan kreatif ini akan menjadikan trip perkhemahan anda lebih menyeronokkan.

Selain dari rekabentuk yang menarik, khemah ini boleh memuatkan sehingga dua orang. Tidur dengan lebih bergaya tanpa nyamuk!

Maklumat lanjut: Star Trek Shuttlecraft Tent