Resepi Ayam Bakar Paling Sedap Dan Simple Untuk Dibuat

Jom try buat ayam bakar sendiri, sebelum buat pastinya kena tahu resepi yang harus diletakkan supaya bertambah “urmmm” sedapnya ayam korang tu

Resipi Ayam Bakar Perap

Resipi Ayam Bakar Perap

Nak buat ayam bakar sekarang ni pelbagai variasi kita boleh panggang, boleh guna oven, ada juga guna periuk noxxa, tak lupa sekarang ni guna pasu pun ada, tapi kesedapannya memang tetap terbaik.

Bahan nak buat ayam bakar tidaklah begitu “complicated” sepeti membuat ayam percik, ianya amat simple dan mudah sahaja

Bahan-Bahan :

Bahan-Bahan :

1. Ayam seekor

2. Pes nasi goreng kampung 2 paket

3. Pes Tom Yam 1 paket

Cara-Caranya :

Cara-Caranya :

1. Gaulkan pes nasi goreng kampung dan pes tom yam.

2. Perapkan ayam selama 2 jam dengan gaulan pes tersebut

3. Bakar ayam tersebut

4. Cuba cucuk-cucuk bahagian ayam yang dipanggang tersebut, agak tidak berdarah kita dah masak la tu

*Resepi ayam bakar ini telah disumbangkan oleh Nur Shuhada Dzaki menerusi Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN). Ia telah disunting dan diterbitkan semula oleh viramon dengan kebenaran beliau. Jika ada sebarang pertanyaan boleh rujuk terus Ke Fb Beliau.

Leave a Comment