Resepi Biskut Alien Viral, Cara Buat Sangat Mudah

Mari lihat biskut alien yang viral ini. Buatlah kuih ini dan meriahkan lagi aneka kuih di musim raya anda.

Minggu lepas kami ada kongsi tentang bagaimana membuat biskut ulat bulu, ada yang dah cuba ? ok, kalini jom kita try biskut alien ni pulak.

Apa yang best pasal biskut ni adalah rupanya, sebabkan itu ianya menjadi tular baru-baru ini. Warna-warni yang ditampilkan oleh biskut ni seakan biskut lidah kucing pun ada sebab kita boleh kenakan dgn pelbagai wana yang kita mahu mengikut kreativiti.

Mujur biskut ini mudah dibuat, dan tidak perlu menggunakan banyak bahan untuk membuatnya. 

Resepi Biskut Susu Alien VIRAL
4 bahan jaaa

Bahan-bahan yang diperlukan:
1. Buttercup 1/2 cawan
2. Susu pekat manis 1/2 cawan
3. Tepung jagung 400 g
4. Susu tepung 4 sudu (Anda bebas menggunakan mana-mana jenama)

Cara-cara menyediakan:
1. Gaulkan buttercup dan susu. 
2. Masukkan tepung jagung dengan susu tepung
3. Ulikan sehingga ia menjadi doh (Jika ia terlalu lembut tambahkan tepung, kalau terlalu keras tambahkan buttercup ke dalam doh)
4. Bentukkan ikut suka
5. Letak coklat chip untuk hiasan 
6. Bakar 160-170 darjah api atas bawah selama [email protected] minit

Bonus : Untuk membuat bahagian mulut, ambil sedikit adunan tepung dan campur kan dengan pewarna makanan, lekatkan sedikit adunan ke kuih anda.

Selamat mencuba. 

Rujukan :

[1] - Azalia Abdullah