Resepi Biskut Lidah Kucing Pelangi (Rainbow)

Wah! Berwarna-warni kuih kali ini. Jika anda berminat, marilah cuba memasak biskut lidah kucing atau pelangi ini dengan mengikuti resepi yang dikongsi Suriyani Yamaleng.

Selain biskut alien yang viral tu, lidah kucing pelangi ini juga antara yang popular di kalangan kanak-kanak. Ini kerana, secara terangnya ia berwarna-warni. Ia akan menjadi suatu tarikan kepada semua orang. 

Kali ini kami ingin kongsikan resepi Biskut Lidah Kucing Pelangi  ini kepada anda, caranya tidaklah bigitu susah jika anda mengkuti langkahnya dengan betul.

Bahan-Bahan:
250 gm mentega
175 gm gula kastor (saya letak 150 gm baru kurang manis sikit)
100 ml putih telur
200 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
1/4 sudu teh emplex(peranggup biskut)
Pewarna merah, oren, kuning, hijau dan biru
Loyang khas lidah kucing digris dengan sedikit mentega

Cara-Cara:

1. Ayak tepung jagung, tepung gandum dan emplex, ketepikan
2. Dalam mixer pukul mentega dan gula hingga berkrim
3. Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati
4. Masukkan tepung dan kaup balik dengan spatula hingga rata
5. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian
6. Letakkan pewarna untuk setiap bahagian
7. Masukkan dalam piping bag atau bag plastik untuk setiap warna berlainan
8. Potong hujung muncung bag plastik atau piping bag kecil
9.Paipkan atas loyang lidah kucing mengikut corak yang di kehendaki mengikut warna pelangi
10. Bakar dalam oven pada suhu 150 C selama 15 ~ 20 minit
11. Jaga jangan sampai keperangan dan hangus kerana warnanya akan pudar dan tidak menyerlah
12. Biarkan sejuk sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara

Rujukan : 

[1] - Suriyani Yamaleng