Resepi Biskut Ulat Bulu Warna Warni Comel

Mari mencuba resepi Biskut Ulat Bulu dijamin sedap. Resepi ini dikongsikan oleh Nik Ellyanie Nik Othman , sedap gebu boleh dijadikan idea kuih raya korang.

Facebook Nik Ellyanie Nik Othman‎

Mungkin terdapat beberapa pembaca kami akan berasa geli dan nampak comel dengan kuih ini tetapi rupa kuih ini hanyalah sekadar bentuk sahaja. Ia selamat dimakan untuk seisi keluarga. 

Bentuk dan warna kuih ini mungkin menjadi tarikan kepada kanak-kanak. Boleh juga anda membuat kuih ini untuk seisi keluarga.

Mari kita belajar cara-cara dan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kuih ulat bulu ini.

Bahan-bahan yang diperlukan :

- 150gm mentega

-  60gm gula icing

-  1 biji telur

-  50gm tepung jagung

-  4 sudu besar susu tepung

-  1 sudu teh esen vanilla

biskut ulat bulu

Cara-cara untuk membuat: 

1.       Pukul mentega, gula, esen vanilla, telur sehingga menjadi sebati

2.       Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan tepung susu.

3.       Ulukan sehingga ia menjadi doh

4.       Cubitkan sedikit doh dan buatkan ia menjadi bulat bujur kecil

5.       Golekkan di atas acuan kuih siput

6.       Letakkan bijan hitam untuk mata

7.       Bakar pada suhu 150 C selama 15-20 minit

Rujukan :

[1]- Nik Ellyanie Nik Othman