Resepi Donut Lembut Dan Gebu Sampai Esok

Jom belajar cara membuat donut dengan mengikuti resepi donut gebu yang dikongsikan ini

Cara Buat Donut Lembut Gebu

Cara Buat Donut Lembut Gebu

Resepi Donut adalah sejenis kuih pastri dan ia adalah makanan yang sangat popular di seluruh dunia. Ia disediakan dengan pelbagai bentuk dan rasa. Ia boleh didapati di mana-mana gerai tepi jalan di negara ini. Anda juga boleh membuat donut ini sendiri

Resepi donut padu ini telah dikongsikan oleh Tuan Adriana Arissa di laman facebooknya, kalau nak cuba boleh ikuti langkah-langkah dibawah.

Mari lihat apa yang diperlukan untuk membuatnya.

Bahan-Bahan:
- 500g tepung high protein/tepung roti/tepung gandum (sy guna high protien) 
- 11g instant yis/mauripan
- 60g gula
- 5g garam halus
- 70g marjerin/shortening (Guna 40g marjerin dan 30g shortening )
- 100g susu cair
- 1 biji telur (tak letak pun boleh)
- 140g air+ais (campur air sejuk 100g ganti susu cair tadi so total 240g)

Cara-Cara:
1. Campur semua bahan dalam mixer, putar dengan kelajuan sederhana sehingga semua dah nampak sebati. Kemudian tukar ke high speed. Putar sehingga elastik. Putarkan selama 30 minit.

2. Bila dah dapat adunan yang elastik. Perapkan selama 45 minit di dalam bekas yang di sapu butter terlebih dahulu. 

3. Kemudian tumbuk keluarkan angin dan terus je timbang ikut berat yang kita nak.

4. Timbang doh 40g lepas tu rounding bagi menghasilkan donut yang lebih lembut..

5. Biarkan doh selama setengah jam kemudian boleh lubangkan donut guna nozel, kalau size besar gunakan penutup botol

6. Dah siap buat lubang biarkan selama 30 minit atau donut tu kembang sekali ganda..

7. Panaskan minyak, kemudian masukkan 1-2 sudu shortening dalam minyak. 

8. Apabila minyak dah panas bolehlah goreng donut dengan api sederhana. 

9. Sekali balik je tau, kalau tidak donut serap banyak minyak.

10. Donut sudah sejuk boleh golek dalam snow powder/gula castor/gula icing/coklat cair.

Rujukan :

Tuan Adriana Arissa