Resepi French Fries Rangup (Home Made)

Suka French Fries tetapi mahu jimatkan duit? Anda boleh cuba resepi kentang goreng yang dikongsi ini

Resipi Fries Buatan Sendiri Dengan Ubi Kentang

Resipi Fries Buatan Sendiri Dengan Ubi Kentang

Siapa sangka, cara membuat fries ini mudah sahaja. Kerap sekali jika kita inginkan makan segera seperti ini, kita harus bergerak keluar untuk ke McDonalds ataupun KFC untuk mendapatkan French Fries. 

Kentang sahaja boleh didapati di mana-mana super market atau market dengan harga yang murah. Ia lebih berbaloi jika anda membuat fries anda sendiri. 

Mari kita lihat bahan-bahan dan cara-cara untuk membuat fries. 

Bahan-bahan:

- Kentang
- Tepung Serbaguna Bestari @ Tepung Jagung
- Parsley Flake
- Serbuk Lada

Cara-cara:

- Potong kentang menjadi bentuk jejari
- Rendamkan kentang ke dalam air sejuk. (Rendamkan sehingga suhu air tidak lagi sejuk)
- Gaulkan potongan kentang dengan tepung serbaguna Bestari. (Anda boleh juga menggantikan dengan tepung jagung) Pastikan ia menyaluti semua potongan kentang.
- Gorengkan potongan kentang secara deep fry. (Tenggelamkan potongan kentang dalam minyak)
- Keluarkan kentang dan taburkan parsely flake dengan serbuk lada untuk menambah perisa. 

Begitulah cara membuat fries. Selamat mencuba.

Rujukan : 

[1] - Salimah Olie