Resepi Kek Minyak Kukus Warna Warni Dengan Telur & Ovalette

Resepi kek minyak kukus ini sangat mudah untuk dibuat, dengan gandingan telur dan ovalette memamng akan menambah kesedapan kek ini. Boleh cuba juga dengan sukatan cawan

Resepi kek minyak sedap ini dikongsikan oleh puan Diyana Ibrahim di laman facebooknya, apa yang menarik tentangnya ialah, kek ini mempunyai banyak variasi. Ini adalah kek minyak pelangi.

Ia hampir menyerupai kek marble kecuali terasnya berwarna warni seakan kek lapis. Untuk belajar membuat kek ini, anda perlu meneliti setiap langkah dan bahan supaya ia menjadi. 

--> Boleh Cuba Buat Kek Batik Menggunakan Resepi Ini <--

Mari lihat resepi di bawah untuk memasak kek minyak pelangi ini.

Rujukan Sukatan Cawan Yang Boleh Anda Ikuti

Bahan-Bahan:

2 cawan tepung gandum

1 cawan susu pekat

1 cawan gula kastor

1 cawan minyak

1 sudu kecil serbuk penaik

1 sudu kecil esen vanilla

1 sudu besar Ovalett

5 biji telur

Pewarna

Cara-Cara:

1. Pukul telur, gula kastor dan ovalett selama 10 minit atau sehingga kembang.

2. Masukkan susu pekat dan esen vanilla

3. Masukkan minyak dan tepung serta serbuk penaik

4. Bahagikan kepada 3 bahagian

5. Bakar pada suhu 170C api atas dan bawah selama 45 minit

Siap

Rujukan & Tukang Masakanya:

[1]- Diyana Ibrahim