Resepi Kek Pelangi Kukus Sukatan Cawan Mudah & Sedap

Resepi kek pelangi antara veriasi kek yang rupanya memang menarik, pelbagai cara boleh dimasak antara boleh guna kaedah kukus, bakar dan boleh mengikut sukatan cawan yang anda suka.

Rainbow kek (kek pelangi) mempunyai pelbagai lapisan warna yang membuatkan kek tersebut kelihatan menarik dan enak untuk dimakan

Mengikut sejarah kek ini pada mulanya dibuat oleh seoarang  mahasiswi dari amarika bernama kaitlin flannery yang viral satu ketika dahulu sehingga ke seluruh dunia. Di Malaysia kek ini lebih sinonim dengan nama kek pelangi di kalangan pembuat kek ini. 

--> 7+ Jenis Resepi Kek Batik Yang Mesti Anda Cuba

Lazimnya kek ini didatangkan dengan 7 lapisan warna seperti yang sis Wawa kita kongsikan di atas.

Mari cuba masak kek ini dengan mengikuti langkah yang diberi. 

Rujukan Sukatan Cawan Yang Boleh Anda Ikuti

Bahan-Bahan:

4 biji telur 

200gm gula halus 

1 sudu teh ovellete 

200gm tepung gandum 

1 sudu teh baking powder 

100ml santan 

100ml minyak masak/butter yang telah dicairkan

Esen vanila Perisa dan pewarna

Cara-Cara: 

1. Ayak tepung bersama baking powder. 

2. Pukul telur,gula dan ovellete hingga kembang dan putih. 

3. Masukkan tepung, mix sebati. 

4. Kemudian masukkan esen vanila, santan. Gaul rata. 

5. Akhir sekali masukkan minyak. Gaul hingga sebati. 

6. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. 1 bahagian dibiarkan tanpa warna. 2 lagi bahagian diwarnakan dan diletak perisa yang disukai. 

7. Gris loyang saiz 7, kemudian masukkan satu adunan kukus selama 10-15 minit. kemudian tuangkan adunan yang kedua, kukus selama 10-15 minit. akhir sekali tuang adunan yang ke tiga, kukus selama 20-25 minit.

8. Pastikan kukusan dipanaskan terlebuh dahulu menggunakan api sederhana.

Rujukan & Tukang Masaknya:

[1]- Wawa Alias

[2]- Scribd.com (History Kek Pelangi)