Resepi Nasi Goreng Kampung Simple Bercili & Ikan Bilis

Teringin makan Nasi Goreng Kampung? Cubalah resepi ini yang dikongsikan oleh Miya Aera kepada kami, nampak simple tapi sedap.

Resipi Nasi Goreng Kampug Sedap

Resipi Nasi Goreng Kampug Sedap

Dalam banyak-banyak nasi goreng, nasi goreng kampunglah yang kerap menjadi pilihan oleh ibu-ibu sebagai masakan pilihan. Kali ini kami ingin kongsikan masakan pilihan di kalangan masyarakat kepada anda.

Ramai yang fikir, nasi goreng kampung hanya perlu ditaburkan ikan bilis ketika memasak nasi.

Mari lihat apa yang diperlukan untuk memasak nasi goreng kampung ini.

Bahan-Bahan:

- Nasi putih 

- Segenggam ikan bilis

- 3 biji telur

- Sayur (Kami cadangkan anda guna kacang panjang dan lobak)

- 5 ulas bawang merah*

- 3 ulas bawang putih*

-  Cili padi* (ikut suka korang tapi lg pedas lg sedap)

Nota : Tumbukkan bahan bertanda (*)

Cara-cara:

- Panaskan sedikit minyak masukkan telur. Biarkan telur mengeras dulu sekejaP dan kacau telur sehingga hancur sedikit kasar.

- Goreng garing ikan bilis sehingga garing

-  Menggunakan minyak ikan bilis tadi, masukkan bahan tumbuk tadi kacau hingga hampir layu atau hampir garing.

- Masukkan garam dan serbuk perasa siap, kemudian masukkan sayur.

- Kacau sebati masukkan nasi putih kacau sebati dan akhir sekali masukkan telur dan ikan bilis yang digoreng tadi. 

- Kacau sebati dan sekata dan sayur layu. Sudah siap. 

*Resepi Kek Pisang ini telah disumbangkan oleh Miya Aera menerusi Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN). Ia telah disunting dan diterbitkan semula oleh viramon dengan kebenaran beliau. Jika ada sebarang pertanyaan boleh rujuk terus Ke Fb Beliau.