Resepi Puding Karamel Mudah Dan Sedap

Resepi puding karamel yang "nice look" beserta kemanisan yang memukau ini memang sedap, jom tengok cara membuatnya, boleh juga buat dalam bentuk kukus sebenarnya

Resipi Puding Karamel Paling Sedap

Resipi Puding Karamel Paling Sedap

Puding karamel merupakan pencuci mulut yang amat manis. Ada juga versi puding roti berkaramel, kelazatan antara duanya tidaklah jauh beza.

berikut adalah cara untuk anda membuatnya :

Bahan dan cara yang diperlukan:
Step 1
- Gula 4-5 sudu besar.
- Panaskan ia sehingga cair dan menjadi karamel.
- Selepas itu, biarkan sejuk dahulu.

* Telur 4 biji (Pecahkan dan pukul di dalam bekas yang berasingan)

Step 2
- 500 ml susu segar
- Gula 3 sudu besar 
- Esen vanila

- Campur semua bahan di atas (kecuali telur)
- Didih sekejap sahaja supaya gula hancur. (Air tidak perlu menggelegak.)
- Angkat susu panas itu dan tuangkan ke dalam telur.
- Curah ke dalam karamel

*Untuk puding karamel ini nampak licin, ia perlu ditapis dahulu.

- Kukus dalam 30 minit- 40 minit. (Api kukus sederhana sahaja.)
- Gunakan teknik water bath. Kekal pada suhu 170.
- Sebaik sahaja ia sudah masak, masukkan puding ke dalam peti sejuk selama 2 jam.
- Terbalikkan puding apabila ia sudah sejuk 

Selamat Mencuba

Rujukan :

[1] - Rohani Ibrahim