Resepi Puding Roti Karamel Pencuci Melut Sedap

Jika anda seorang penggemar makanan pencuci mulut, anda boleh cuba membuat puding roti berkaramel dengan cara-cara resepi ini

Resipi Puding Roti Berkaramel Sedap

Resipi Puding Roti Berkaramel Sedap

Mungkin ada yang sudah biasa dengan puding karamel biasa, kami ingin berkongsi resepi puding roti berkaramel ini untuk menambah variasi hidangan pencuci mulut anda. Kemanisan karamel dan ditambah pula dengan kelembutan puding roti akan menjamin kepuasan anda menikmati makanan ini.

Bahan berkaramel:

- 2 sudu gula. 
- Masak dalam loyang 8 atau 9 inci di atas api perlahan. Jadikan gula hangus.  
- Apabila gula sudah cair, ratakan ia di dalam loyang. 
- Letakkan karamel ke sebelah untuk sementara waktu. 

Bahan A:
- 20g agar-agar bertali
- 5 1/2 cawan air
- 1 cawan gula

Cara-cara:

- Masak agar-agar bersama air hingga larut agar-agar
- Kemudian masukkan gula dan kacau dengan rata. Perlahankan api.

Bahan B:
- 5 keping roti gardenia. (Koyakkan menjadi cebisan terlebih dahulu)
- 1 tin susu cair
- 1 biji telur
- 2 sudu besar susu pekat manis
- 2 sudu besar butter/majerin
- 1 sudu besar tepung kastard (Bancuh dengan sedikit air)
- 1 sudu besar esen vanilla
- 3 pewarna makanan pilihan anda. 

Cara-Cara Membuat Puding Roti Berkaramel:

- Kisarkan bahan di atas kecuali tepung kastard hingga hancur halus

- Tuang ke dalam periuk agar-agar. Besarkan api semula dan kacau dengan rata. Masukkan tepung kastard. Kacau sebati hingga mendidih. Tutup api.

- Ambil 2 cawan agar-agar ke tuang dalam loyang berkaramel tadi.. Biarkan sedikit beku.

- Lebihan agar-agar tadi dibahagikan kepada 3 bekas sama banyak. Warnakan mengguna tiga pewarna pilihan anda.

- Tuang agar-agar  berwarna  atas agar-agar yang sedikit beku dengan perlahan sehingga habis diikuti dengan warna-warna lain.

- Ia perlu dibuat dengan cepat dan cermat kerana puding roti cepat beku/keras. Jika adunan warna yg belum dituang hampir menjadi beku, panaskan sekejap di atas api perlahan untuk mencairkannya semula.

- Tunggu puding menjadi beku/sejuk barulah ia boleh disimpan ke dalam peti sejuk

- Selepas 2 jam. Bolehlah anda telangkupkan puding itu ke dalam pinggan atau alas yang rata. 

- Potong ikut suka. Sedia untuk dinikmati.

Rujukan :

[1] - Zura Zul