Resepi Rendang Ayam Tahan Lama Padu Sedap Terangkat

Nikmat sedap nya rendang ayam ni memang tak terkata jika anda mencubanya, disini kami kongsikan secara ringkas resepi yang tahan lama ini

Resipi Rendang Ayam Simple & Sedap

Resipi Rendang Ayam Simple & Sedap

Rendang ayam memang sinonim dimakan bersama ketupat mahupun nasi himpit, tapi boleh juga dimakan begitu sahaja. Rendang sebenarnya ada macam-macam jenis , ada versi "Rendang Tok" ada juga "Rendang Daging", kalau hari raya memang popular.

Untuk resepi rendang ayam kali ini ianya dibuat oleh Tuan Zaky Mat Ali boleh follow facebook beliau, dengan kebenaran beliau kami repost semula resepi ini untuk anda cuba sendiri di rumah.

Kadang kala orang bertanya cara membuatnya supaya tampak merah dan tahan lama.

Mudah sahaja. Orang yang tak pernah memasak seumur hidup pun boleh cuba buat ikut resepi ni..

Bahan-bahan :

Bahan-bahan :

• 1 ekor ayam
• 2 cawan santan
• 2 sudu kerisik
• 2 asam keping 
• 1 helai daun kunyit diracik halus
• 3 helai daun limau purut di hiris kasar
• Minyak untuk menumis
• Garam & gula secukup rasa

Bahan-bahan dikisar :

• 20 biji cili kering
• 2 biji bawang besar
• 4 biji bawang merah
• 9 ulas bawang putih
• 4 batang serai
• 3 inci kunyit hidup
• 3 inci halia
• 3 inci lengkuas

Cara-Caranya :

• Tumis bahan dikisar hingga naik bau dan pecah minyak.

• Masukkan santan dan ayam. Gaul rata. 

• Masukkan kerisik dan kacau rata. Masukkan garam gula.

• Bila kuah dah pekat, masukkan daun kunyit dan daun limau purut.

• Gaul rata dan siap!

Kisar

Kisar

• Kisar bahan-bahan yang perlu dikisar dalam blender anda

Tumis

Tumis

• Tumis bahan yang dikisar sehingga pecah minyak

Masukan Ayam & Santan

Masukan Ayam & Santan

• Masukkan semua ayam yang disediakan beserta santan, dan gaul rata.

Masukan Kerisik

Masukan Kerisik

• Masukkan kerisik dan kacau rata. Masukkan juga gula dan garam sekali

Masukan Daun Kunyit Dan Daun Limau Purut

Masukan Daun Kunyit  Dan Daun Limau Purut

• Bila kuah dah pekat, masukkan daun kunyit dan daun limau purut.

• Gaul bagi rata dan siap!

Hasilnya..

Hasilnya..

Sumber Resepi : Zaky Mat Ali