Resepi Udang Masak Kari Pekat Melikat Terangkat

Jika anda sukakan masakan kari dan udang, anda boleh cuba memasak resepi udang masak kari pekat ini. Sesuai dimakan dengan pelbagai jenis nasi.

Cara Buat Udang Masak Kari Pekat

Cara Buat Udang Masak Kari Pekat

Udang masak kari antara menu yang wajib anda cuba buat, selain dari udang masak petai, masak kari boleh juga buat si pemakannya terangkat kesedapan ketika menikmatinya. Hanya memerlukan 10 bahan simple anda boleh siapkannya.

Kalau anda jenis suka kuah yang sedikit cair boleh je try buat gulai udang.

Mari lihat bahan-bahan dan cara-cara yang boleh diikuti untuk membuat Udang Masak Kari Pekat.

Bahan-Bahannya :

– Udang sesuka hati
– 2 biji Bawang merah
– 3 biji bawang putih
– Halia 1 inci
– Halba
– Daun kari
– 5 sudu Serbuk kari ikan udang dibancuh dgn air 
– 3 sudu Cili blender
– 3 biji kentang
– Santan 1 cawan

Cara- Cara nya:
– Tumis halba dan daun kari sampai naik bau

– Masuk bawang merah bawang putih halia yg dah di tumbuk

– Agak agak dah kekuningan masuk cili blender smpai pecah minyak

– Masuk serbuk kari tadi

– Masuk kan air sikit demi sedikit

– Masuk kentang masak sampai empuk

– Masuk kan santan dah gelegak masuk udang

– Siap mudah dan cepat sangat

– Jangan lama lama ye masak bila dah masuk udang nnt hilang manis udang nya.

– Selamat mencuba semua..

Rujukan Resipi :

– â€ŽNurulizzati Yusof

Leave a Comment