Resepi Ayam Masak Merah Kenduri

Jika anda seorang penggemar ayam, anda bolehlah mencuba resepi ayam masak merah sedap ini yang dikongsikan Mo Fahmi Salah

Ayam masak merah ini merupakan hidangan yang amat popular terutamanya ketika majlis kenduri kahwin. Ianya lagi bertambah sedap bila dikenakan bersama nasi tomato beserta acar timun & nenas. 

Ok kali ini kami ingin kongiskan "step by step" resepi ayam masak merah kepada anda yang baru nak mecubanya, tapi ni versi kenduri dan hidangan boleh dimakan satu keluarga

Mari perhatikan bahan dan cara-cara untuk memasak menggunakan resipi ini. 

Bahan-bahan yang diperlukan:

~  1 ekor ayam - potong kecil dan basuh bersih
~  (Garam, kunyit dan goreng - jangan garing sangat.)
~  3 biji bawang besar
~  4-5 ulas bawang putih
~  1 1/2 inci halia
~  Kisarkan bawang
~  3-4 senduk cili kisar
~  5 sudu besar sos cili
~  2 biji tomato
~  2 batang serai - diketuk
~  1 kulit kayu manis
~  3 bunga lawang
~  5 buah pelaga
~  Garam dan gula secukupnya

Cara-cara:

1. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sampai naik bau.masukkan serai, tumis sekejap.
2. Masukkan bahan blend.tumis sampai garing.lepastu masukkan cili kisar, tumis lagi sampai garing.
3. Masukkan gula, sos cili dan tomato.biar seketika.kacau sesekali.perisakan garam.
4. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaul sampai sebati.

Selamat mencuba.. 

Rujukan :

[1]- Mo Fahmi Salah