Resepi Kek Aiskrim Strawberry Homemade

Amat meriah kek kali ini. Kek Aiskrim Strawberry ini boleh dinikmati seisi keluarga. Mari cuba belajar memasak kek ini.

Source : Starsweet Homemade

Mari cuba buat kek aiskrim pula hari ini. Selalunya kek aiskrim dibeli di kedai untuk majlis hari jadi. Tapi kali ini, kita akan belajar memasak kek ini di rumah. Bolehlah jimatkan duit dan makan untuk diri sendiri.

Mari lihat bahan dan cara untuk diikuti.

Aiskrim Strawberi
Bahan-Bahan
4 biji kuning telur 
1/2 cwn gula kastor
500 ml susu dutch lady(perisa strawberry)
1 sd teh tepung jagung
1 sb emolco strawberry
Sedikit buah strawberry (blend/potong halus)
250 gm krim putar (whipping cream)

Source : Starsweet Homemade

Cara-Cara:
1) Masakkan kesemua bahan hingga menjadi pekat kecuali krim putar dan biarkan sejuk.
2) Setelah sejuk, simpan di dalam bekas tertutup & masukkan dlm freezer selama 2 jam.
3) Pukul krim putar sehingga kembang. Ketepikan
4) Campurkan krim putar bersama bahan 1. Gaul hingga sebati menggunakan serduk.
5) Simpan dalam freezer semalaman.. Setelah itu keluarkan dan pukul dgn mixer sehingga adunan menjadi dua kali ganda banyaknya.
6) Masukkan aiskrim ke dalam bekas tertutup & simpan dalam freezer sehingga mengeras dan blh hidangkan..
7) Untuk kek boleh gunakan kek span strawberry. Ambik kek span potong 3 lapisan dan buat selang seli kek dgn aiskrim mengikut citrasa masing2..

*Resepi Kek Aiskrim Strawberry Homemade ini telah disumbangkan oleh Nurhidayah Yaacob menerusi Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN). Ia telah disunting dan diterbitkan semula oleh viramon dengan kebenaran beliau. Jika ada sebarang pertanyaan boleh rujuk terus Ke Fb Beliau.

Share² lah yerr..