Resepi Kek Pisang Simple Gebu & Sedap

Kek pisang telah menjadi kuih yang amat dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia. Sudah turun temurun kek ini dibuat, ia sudah menjadi kewajipan untuk menjamu hidangan ini pada waktu minum petang.

Kali ini Viramon ingin kongsikan resepi Kek Pisang yang digunakan oleh Noor Hamizah Ngatiman. Kek pisang ini sangat simple, kurang manis dan rasa pisang 100%. Sesuai sangat untuk minum petang melayan kopi atau teh O. Lebih sedap dimakan semasa kek pisang masih panas.

Di sini terdapat tips bagaimana untuk dapatkan Kek Pisang yang gebu dan lembut.

Resepi Kek Pisang.

1. 1 1/2 cawan tepung gandum
2. 1/2 sk soda bikarbonat
3. 1 sudu kecil baking powder
(Ayakkan bahan di atas)

5. 4-5 biji pisang berangan
(Dilecek lembut)

6. 1 cawan minyak jagung mazola
7. 3/4 cawan gula halus
8. 2 biji telur gred b
9. Sedikit esen vanilla
(Adunkan dengan mixer sehingga kembang/ putih)

10. Masukkan pisang tadi.
(Adunkan dengan rata).
11. Kaup balik tepung..
12. Alas loyang kertas. Griskan bahagian tepi loyang..
13. Bakar 30minit 170c
14. Apabila bahagian atas menjadi gelap turunkan suhu 150c. Bakar 10minit lagi hingga masak.

*Resepi Kek Pisang ini telah disumbangkan oleh Noor Hamizah Ngatiman menerusi Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN). Ia telah disunting dan diterbitkan semula oleh viramon dengan kebenaran beliau. Jika ada sebarang pertanyaan boleh rujuk terus Ke Fb Beliau.