Resepi Kek Red Velvet Sukatan Cawan Paling Sedap

Kalau anda orang yang suka masak kek dan teringin buat kek red velvet versi cheese ini, anda boleh lah cuba cara dan resepi ini

Cara Buat Kek Red Velvet

Cara Buat Kek Red Velvet

Sebelum ini kami ada tunjuk bagaimana nak buat biskut red velvet. kali ini mari belajar buat kek red velvet cheese cake ini.  Pada mulanya ia nampak agak susah kerana banyak bahan yang perlu disediakan. 

Arahan juga amat teliti. Namun, jika anda mengikuti arahan dengan betul, anda mungkin dapat membuatnya dengan mudah. Lambat laun anda akan ingat setiap langkah untuk memasak kek red velvet cheese cake ini.

Mari lihat bahan dan cara yang boleh diikuti untuk memasak kek ini. 

Bahan-Bahan:

A). Tepung Gandum – 2 cawan

B). Soda bikarbonat – 1 sudu kecil

C).Serbuk Penaik – 1 sudu kecil

D). Garam halus – 1/2 sudu kecil

E). Serbuk koko – 2 sudu besar

F). Minyak Jagung – 1 cawan

G). Gula castor – 1.5 cawan

H). Telur gred B – 2 biji

I). Buttermilk – 1 cawan ( satu cawan susu cair dicampur dengan 2 sudu cuka dan diperap 30 mins.)

J). Pewarna merah – 2@3 sudu besar

K).Kopi panas @ nescafe panas tanpa gula- 1.5 cawan.*optional* (saya guna 2 sudu kecil kopi kapal api)

L). Esen vanila- 1 sudu kecil

M). Cuka – 1 sudu besar

CARA CARA

1.  Ayak bahan A-E dan letak di dalam satu bekas.

2. Kemudian, putar minyak jagung, gula castor, telur dan esen vanila sehingga kembang dan sebati dengan menggunakan mixer ataupun kalau tak ada mixer boleh guna senduk atau pemukul telur.

3. Masukkan sedikit demi sedikit tepung yang telah diayak tadi bersama dengan buttermilk secara berselang seli sampai habis. Putar lagi hingga sebati.

4. Masukkan cuka dan pewarna merah. Boleh tambah atau kurangkan pewarna untuk dapatkan warna yang anda suka.

5. Pastikan oven dah panas pada suhu 150 darjah. Kemudian baru buat kopi panas tadi. Sebab memang kena tuang sewaktu betul2 panas. pastikan tapis kopi tu. 

6. Tuang kopi panas ke dalam adunan dan mix lagi sampai sebati. Jangan lama sangat. cukup 2 minit je.

7. Tuang ke dalam loyang yang telah digris dengan butter/marjerin.

8. Boleh mula membakar lebih kurang 30-40 minit 😉

BAHAN CREAM CHEESE TOPPING

a. Tatura Cream Cheese – 1 tiub (250 gram)

b. Butter – 1.5 cawan

c. Cuka – 2 sudu besar

d. Gula castor – Setengah cawan

Putar bahan a-d sehingga licin dan tak berketul. Buat awal, simpan dalam peti sejuk. Supaya masa nak letak topping, jadi mudah dan cantik. Jangan lupa tunggu hingga kek sejuk dulu baru letak topping ye. 😛

Rujukan Resipi :

– Ieda Lavender

Leave a Comment