Resepi Kuih Mor Atau Kuih Makmur Popular Di Pantai Timur

Hari ini kami akan menunjukkan resipi kuih makmur yang dikongsikan oleh Mas Mastura Siamit.

KUIH MAKMUR SEDAP

KUIH MAKMUR SEDAP

Kuih mor atau kuih makmur adalah sejenis kuih tradisional yang gebu dan enak . Tidak hairanlah ia merupakan salah satu keenakan yang popular di musim raya. Di bawah adalah resepi yang dikongsikan oleh Mas Mastura Siamit kepada Viramon. 

Cara untuk menyediakan kuih makmur ini juga amatlah mudah. Sesiapa sahaja boleh membuatnya. 

Dengan itu mari kita lihat bahan yang kita perlu sediakan dan cara untuk menyediakan kuih ini. 

Bahan-bahan yang diperlukan :

1. 1kg tepung gandum goreng tanpa minyak / sangai. Hingga kekuningan.

2. 400gm minyak ghee dicairkan.

3. 7 biji telur, asingkan. Ambilkan kuning telur sahaja.

Panduan memasak:

1- Ayakkan tepung supaya tekstur menjadi halus & tidak berketul.

2- Campurkan 3 bahan yang disenaraikan, tepung perlu dimasukkan sedikit demi sedikit. 

3- Ulikan bahan tersebut sehingga ia menjadi doh dan tidak melekat di jari.

4- Kemudian anda harus membulatkan doh tersebut, susun di dalam loyang.

5- Bakar pada suhu 180° menggunakan oven selama 20-25 minit.

6- Sebaik sahaja ia telah siap,anda perlu membiarkan kuih menjadi sejuk sikit dan kemudian menambah gula aising. 

Selamat mencuba

*Resepi Kuih Makmur ini telah disumbangkan oleh Mas Mastura Siamit menerusi Facebook Masak Apa HariNi (MAHN). Ia telah disunting dan diterbitkan semula oleh Viramon dengan kebenaran beliau. Jika ada sebarang pertanyaan boleh rujuk terus Ke Facebook beliau.