Resepi Udang Masak Merah Simple Ala Mak Mertua

Anda peminat udang masak merah? jom try resipi simple udang masak merah yang dikongsikan oleh Az Zahra Yusuf kepada kami ini.

#momanddadkitchen

Sebut saja mengenai udang pasti terbayang pelbagai jenis udang bukan, ada udang goreng tepung, udang masak petai dan sebagainya. Tetapi kali ini kami di viramon nak berkongsi kepada anda resepi udang masak merah.

Sebenarnya nak memasak udang masak merah ini takla susah mana kalau kita tahu cara-cara nya bukan? 

Jom kita tengok secara ringkas resepi udang masak merah hasil buatan tangan cik Az Zahra Yusuf ini :-

Cara Memasak Udang masak merah ala mak mertua

Bahan Utama: 

Udang

Bahan kisar: 
1biji bawang besar
7biji cili hidup 
5biji cili vietnam (option utk pedas)
Sedikit halia
1/2labu bawang putih

3sb Sos cili/cili thai
2sb Sos tiram
Garam dan gula secukup rasa

Cara-Cara :

Tumiskan bahan kisar sehingga pecah minyak .

Masukkan sos cili & sos tiram . 

Masukkan gula & garam secukup rasa .

Akhir sekali masukkan udang . 

Kacau sehingga masak ! Dannn siap .

Hias ikut suka .

*Resepi Udang Masak Merah ini telah disumbangkan oleh Az Zahra Yusuf menerusi Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN). Ia telah disunting dan diterbitkan semula oleh viramon dengan kebenaran beliau. Jika ada sebarang pertanyaan boleh rujuk terus Ke Fb Beliau.