Keunikan Rumah Teres 2 Tingkat Konsep Moden Serba Putih Di Subang Jaya

Anda pasti terpegun melihat dekorasi dalaman rumah ini. Kemas, ringkas dan semuanya putih.

Sekali pandang dari luar mungkin nampak macam biasa tetapi bila lihat suasana di dalam rumah ini mungkin membuatkan anda terpegun seketika.

Gabungan konsep English klasik + Moden contemporari pada rekabentuk rumah ini di ilhamkan oleh Arkitek DCA: Design Collective Architects dengan keluasan 22' ×75' di SS17 Subang Jaya, Selangor. 

Bahagian depan rumah berwarna putih dan kelabu.

Bahagian depan rumah berwarna putih dan kelabu.

Rekabentuk hadapan rumah dikekalkan kecuali bahagian lanskap dan pagar rumah sahaja, tetapi penggunaan warna putih 'cream' dan kelabu halus diterapkan pada permukaan hadapan rumah yang menjadikannya kelihatan lebih tenang dan kemas. 

Pengubahsuaian bahagian luar dan dalam.

Pengubahsuaian bahagian luar dan dalam.

Pengubahsuaian rumah ini dianggarkan 90% berubah dari dalam dan luar sehingga kos pembinaannya juga mencecah RM 650k termasuk perabot. Nilai renovasi memang mengejutkan tetapi kualiti bahan pembinaan adalah taraf Gred A  menjadi pilihan utama bagi pemilik rumah tersebut. 

Ruang terbuka antara dapur dan ruang makan.

Ruang terbuka antara dapur dan ruang makan.

Tetapi terdapat juga ruang yang boleh dilaraskan menjadi tutup atau buka menggunakan kaedah pintu gelas 'sliding door' antaranya ialah di ruang dapur dan ruang makan dengan mengikut keselesaan pemilik rumah. 

Gabungan ruang tamu & ruang bacaan.

Gabungan ruang tamu & ruang bacaan.

Gabungan ruang makan dan dapur

Gabungan ruang makan dan dapur

Ruang bumbung yang terbuka dan pencahayaan semulajadi.

Ruang bumbung yang terbuka dan pencahayaan semulajadi.

Ketinggian di ruang tamu pula dibuka sehingga nampak struktur bumbung yang berwarna putih 'powder coated' supaya menerima pencahayaan dan udara semula jadi lebih banyak ketika bersantai. 

Ruang lanskap yang terbuka

Ruang lanskap yang terbuka

Bilik air pun terbuka

Bilik air pun terbuka

Setiap susun atur ruang dalaman di tingkat bawah dan atas ialah konsep terbuka supaya kelihatan lebih luas dan lebar. 

Ruang koridor

Ruang koridor

100% berwarna putih

100% berwarna putih

Setiap permukaan dinding, kabinet dan struktur bumbung ialah 100% warna putih demi mencapai konsep yang diinginkan. 

Dinding hijau di halaman belakang

Dinding hijau di halaman belakang

Sekitar bilik tidur utama

Sekitar bilik tidur utama

Rumah berwarna putih dengan konsep terbuka, menarik juga kan?

+ sumber Facebook Barkath Builders Sdn. Bhd.