Cara Semak Semula Keputusan SPM 2018

Jika anda calon sijil pelajaran malaysia (SPM) 2019 yang ingin membuat semakan semula keputusan peperiksaan anda boleh ikuti langkah ini

Permohonan Semak Semula Keputusan SPM

Permohonan Semak Semula Keputusan SPM

Jika anda merupakan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 yang dimana keputusannya telah dikeluarkan baru-baru ini dan anda tidak berpuas hati dengan "result"yang anda perolehi anda boleh membuat semakan semula keputusan peperiksaan tersebut.

Namun ada beberapa langkah yang perlu anda lakukan untuk membuat semakan tersebut. Beberapa "prosudere" perlu anda lakukan dan prosesnya memerlukan sedikit masa dan tidak "on the spot"  untuk anda ketahui.

Proses Membuat Semakan Semula
1 Untuk semak semula calon hendaklah menggunakan borang permohnan seperti yang diberikan ini : KLIK 👉 Borang LP/Am 65 Pin 1/2016 atau Borang Semak Semula/Kes T ini anda boleh dapatkan di sekolah, Sektor/Unit Penilaian Dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri, kaunter Semak Semula Lembaga Peperiksaan Putrajaya atau melayari laman web Lembaga Peperiksaan (LP) 👉 http://lp.moe.gov.my
2 Anda perlu menulis 📝 SEMAK SEMULA SPM di kepalas surat sudut atas sebelah kiri supaya memudahkan penerima kelak
3 Permohonan yang membuat borang sendiri, atau selain dari borang yang diberikan ini tidak akan diterima
4 Jika borang permohonan anda tidak lengkap turut di reject dan dikembalikan semula
5 📧 Anda Perlu sertakan dua (2) sampul surat berukuran 11cm x 22cm dengan alamat sendiri berserta stem RM1 yang telah dilekatkan untuk proses hantar jawapan
6 Permohonan ini akan ditutup selaps 30 hari dari pengumuman keputusan peperiksaan dikeluarkan
7 Calon perlu kemukakan satu (1) salinan keputusan SPM tahun semasa, markah percubaan serta sijil/pentertaan pelaksanaan pentaksiran berasakan sekolah yang disahkan oleh Pengetua Sekolah ataupun Pegawai Kerajaan Kumpulan A
8 Sebanyak 💰RM50.00 kadar bayaran dikenakan bagi setiap mata pelajaran yang hendak disemak. Semua bayaran boleh dibuat melalui Wang Pos/ Kiriman Wang/ Bank Draf yang ditulis nama Pengarah Peperiksaan. Wang tunai mahupun cek persendirian tidak akan diterima. Kepilkan Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf pada Borang Semak Semula/Kes T supaya tidak hilang
9 Jika borang anda dah lengkap diisi bolehlah hantar ke alamat dibawah ini

Pengarah Peperiksaan Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 8, Blok E11
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA.
(U.P.: Unit SPM)

Untuk Pertanyaan Lanjut

Apa yang kami kongsi ini adalah proses untuk semak semula keputusan SPM yang dilakukan pada tahun-tahun sebelumnya, tahun ini mungkin prosesnya sama dan jika ada sebarang perubahan kami akan maklumkan semula

Jika ada sebarang pertanyaan lebih lanjut boleh hubungi Unit SPM di talian 03-8884332 atau Unit Khidmat Bantu menerusi 03-88843785 ataupun terus email ke [email protected]