Inilah Sempadan Pemisah Di Antara Si Miskin Dan Si Kaya Cape Town

Gambar dari dron ini menunjukkan dengan jelas sempadan di antara dua jenis kelompok manusia ini

Cape Town, Afrika Selatan. Ramai yang mengelar bandar Cape Town dengan nama 'Bandar Neraka' kerana terlalu banyaknya jenayah seperti ragut, rompakan, samun, kecurian dan lain-lain jenayah lagi. Mungkin diatas beberapa faktor menyebabkan ia menjadi tidak aman sebegini.

Bila keadaan terdesak, apa sahaja yang diluar jangkaan boleh berlaku. Dalam artikel ini kami mahu tunjukkan kepada anda sesuatu yang sangat menarik.

Golongan antara Si Miskin dan Si Kaya di Cape Town.

Satu sesi fotografi diambil menggunakan alat kawalan jauh 'Dron' mendedahkan beberapa gambar menunjukkan sempadan yang menjadi pemisah di antara golongan kaya dan miskin.

Anda boleh lihat perbezaan ketara di antara dua golongan ini. Mungkin diatas faktor ketegangan ekonomi orang berkulit hitam dan orang berkulit putih masih lagi belum selesai walaupun era aparteid sudah tamat 20 tahun dahulu.