Senarai Universiti Di Kelantan 2019

Ini adalah senarai universiti yang terdapat di negeri kelantan, kesemuanya adalah universiti awam IPTA dimana menjadi pilihan pelajar setiap tahun

Sebut sahaja mengenai Kelantan Darul Naim sudah pasti orang akan memandang sebuah negeri ayat kaya dengan sumber asli serta adat ketimuran yang tinggi. Ianya merupakan antara 14 buah negeri yang terdapat di Malaysia

Dengan keluasan kira kira 14,922  km² Kelantan adalah tempat yang unik disebabkan berhadapan dengan laut China Selatan dan bersebelahan negara jiran Thailand. Kelantan juga adalah sebuah negeri agraria (Pertanian) di mana terdapat banyak kawasan tanaman padi serta perkampungan nelayan.

Walaupun Kelantan bukanlah merupakan sebuah pusat pendidikan di Malaysia, tetapi terdapat Universiti dan kolej-kolej yang dibina di sana.

Berikut merupakan senarai Universiti yang terdapat di negeri Kelantan.

1. UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK)

1. UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK)

Universiti Malaysia Kelantan (UMK) adalah universiti awam IPTA yang berlokasi di negeri Kelantan sendiri, ianya ditubukan pada 31 Mac 2006 diamana dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia Tun Abdullah Ahmad Badawi pada ketika itu dengan mendapat kelulusan kabinet pada bulan Jun 2006.

Kampus UMK (City) terletak di Pengkalan Chepa dan kampus tetapnya terletak di Bachok & Jeli.

Falsafah untuk semua program pengajiannya (kurikulum) di UMK diteraskan oleh "Pendidikan Keusahawanan & Perusahaan", Oleh sebabkan itu, frasa perangsangan "Entrepreneurship is Our Thrust" (Keusahawanan Teras Kami) dan "Entrepreneurial University" (Universiti Keusahawanan digunakan secara meluas

Terdapat 3 kelompok bidang pengajian jangka masa pendek (PJJ) dan sederhana iaitu:

• Keusahawanan danPerniagaan

• Teknologi Kreatif danWarisan

• Agro-industri dan SainsSumber Asli

ALAMAT UMK :

UNIVERSITI MALAYSIAKELANTAN

Kampus Kota

Karung Berkunci 36, PengkalanChepa,

16100 Kota Bharu.Kelantan.

Tel : 09 - 771 7000

2. USM KUBANG KERIAN

2. USM KUBANG KERIAN

USM Kampus Kesihatan (USMKK), ianya terletak di Kubang Kerian, Kelantan. Merupakan antara sala satu IPTA yang ada di Kelantan Selain UITM & UMK.

Terdapat 2 bahagian USMKK iaitu Kampus & Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM)

Di dalam Kampus terdapat 3 pusat pengajian iaitu :

• Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK)

• Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP)

• Pusat Pengajian Sains Pergigian (PPSG).

ALAMAT USM :

PUSAT MEDIA & PERHUBUNGAN AWAM

Hospital Universiti Sains Malaysia

Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan

Jalan Raja Perempuan Zainab 2

16150 Kota Bharu Kelantan.

Operator: 09-767 3000

No Fax: 09-767 1060

Email: prohusm(at)usm.my

3. UITM MACHANG

3. UITM MACHANG

Uitm Machang anatara cawangan Universiti Teknologi MARA yang terdapat di Malaysia, ianya terletak di Machang, Kelantan. Ditubuhkan pada Julai 1986 ianya merupakan Uitm kesembilan di dibangunkan di Kota Bharu sebagai kawasan sementara, dahulunya sebagai (ITM), berpindah ke Machang pada Januari 1996 apabila kawasan tersebut siap dibangunkan

Ada 6 Fakulti yang terdapat di kampus ini iaitu :

• Fakulti Sains Komputer danMatematik

• Fakulti PengurusanPerniagaan

• Fakulti Sains Pentadbirandan Pengajian Polisi

• Fakulti PengurusanMaklumat

• Fakulti Perakaunan

• Fakulti Seni Lukis &Seni Reka

Alamat UITM Machang :

Universiti Teknologi MARA (UiTM) 

Cawangan Kelantan 

18500 Machang , Kelantan, Malaysia.

 Website : kelantan.uitm.edu.my

Tel :   +609-9762000/3000

Faks :   +609-976 2001

4. UTMSPACE KOTA BAHRU

4.	UTMSPACE KOTA BAHRU

UTMSPACE adalah kampus dibawah Universiti Teknologi Malaysia SPACE bermaksud "School of Professional and Continuing Education". Pengeluaran utamanya ada 2 ketegori iaitu produk & perkhidmatan.

Tumpuannya adalah dalam menentukan Perkhidmatan serta Produk yang diberikan sentiasa memenuhi kehendak dan keperluan pelanggan.

Sehingga kini, UTMSPACE telah menawarkan 6 jenis produk kepada pelanggannya iaitu :

• Program Pengajian Separuh Masa (Diploma dan Ijazah)

• Program Pembangunan Profesional

• Program Eksekutif

• Program UTM Degree++

• Program Bahasa Inggeris

• Online Courseware

ALAMAT UTMSPACE:

 UTMspace Kota Bharu Branch, PT816, Tingkat 2,Wisma Redland

(Jalan Sri Cemerlang 8/27),15300 Kota Bharu,

Kelantan, Malaysia

Tel: +60 9-747 1700

Rujukan:

1.     Kelantan.uitm.edu.my

2.     Kck.usm.my

3.     Umk.edu.my

4.     Wikipedia.org