5+ Tanda Paling Ketara Apabila Lelaki Merajuk Dengan Pasangannya

Kebiasaan, merajuk dikait dengan kaum wanita .Tapi kalau lelaki yang merajuk macam mana pulak?

Foto kredit : Remaja.my

Bagaimana nak mengetahui bahawa si dia sedang merajuk. Kali ini dikongsikan tanda-tanda paling ketara apabila lelakitengah merajuk. 

1. Diam Seribu Bahasa

Lelaki ini kalau dia merajuk, tanda paling senang nak tahu ialah dia mendiamkan diri. Kita hubungi dia berkali-kali dia tak jawab, WhatApps bagi blue tick aje, kalau berjumpa pun, si dia enggan bersuara padahal dialah kaki borak kalau bertemu.

–>7+ Tanda Lelaki Serius Suka Anda Dalam Diam<–

Foto kredit : bubblynotes.com

2. Matikan Telefon Bimbit

Kebiasaan si dia kan mematikan telefonbimbit kerana tidak mahu di ganggu. Ini yang menyebabkan anda hubungi diaberkali-kali tak pernak dapat. Ini yang merisaukan jika si dia menjauhkan diridan membisu tanpa khabar.

3. Buat tak tahu

Apabila lelaki sudah merajuk, dia akan sibuk bermain game di handphonenya dan buat tak tahu dengan anda sewaktu kalian bertemu. Paling sakit hati, dia buat-buat tak dengar  bila kita bercakap dengan dia. Si dia berbuat begitu supaya anda sakit hati, geram dan anda rasa seolah tak wujud jer atsitu.

–>9 Cara Untuk Melupakan Bekas Kekasih<–

Foto Kredit : healthline.com

4. Menjauhkan diri

Lelaki yang merajuk, kebiasaanya akan membawa diri jauh seperti pulang ke kampung atau bercuti bersama rakan-rakannya apabila si dia memerlukan masa yang lama untuk berfikir. Bagi mereka, jika berjauhan, ia mampu mewujudkan perasaan rindu dan boleh meredakan kemarahannya terhadap anda

5. Mengelak makan bersamanya

Bila lelaki merajuk biasanya dia mengelak untuk menatap wajah anda. Dia akan bagi alasan seperti “awak makan la dulu, saya kenyang lagi la . Lagipun, saya dah makan dengan kawansaya tadi”. Kalau waktu baik, dia yang ajak anda makan bersamannya walaupunanda baru lepas makan. Siap ugut lagi, “Saya sanggup berlapar kalau awak taknak makan dengan saya”.

–>7+ Sifat Yang Lelaki Suka<–

Jika anda nampak tanda-tanda seperti yang di sebutkan seperti di atas, maka cepat-cepat pujuk si dia. Carilah cara yang tebaik untuk memujuknya kembali supaya hubungan anda kembali seperti sedia kala kerana lelaki ini susah sedikit untuk dipujuk kalaudah merajuk.

Note:

Segala tips & nasihat yang ditulis hanyalah pandangan penulis sahaja, jika tidak bersesuaian dengan anda sila abaiakan. *Sebarangan penyalinan sumula (copy) artikel ini perlulah dikredit semula kepada artikel ini.

Leave a Comment