5 Tips Untuk Mengekalkan Percintaan Jarak Jauh

Pastinya anda berasa risau dan runsing apabila kekasih anda akan meninggalkan anda untuk berkerja atau belajar ke tempat yang jauh dari anda.

Danlebih menyedihkan apabila anda mendengar, kebanyakkan perhubungan jarak jauhberakhir dengan putus di tengah jalan kerana si dia berubah hati di sebabkankesunyian.

Fotokredit: imgcop.com

Sememangnya terdapat pelbagai dugaan dancabaran untuk percintaan jarah jauh ini. Tapi anda jangan risau, kami akan berkongsitips untuk yang sedang bercinta jarak jauh supaya hubungan anda berkekalanhingga ke jinjang pelamin.

1.   Percaya pada pasangan

Apa yang penting dalam percintaan jarak jauhini, anda perlu mempercayai pasangan anda. Apabila anda percaya kepada si dia,segala keraguan dan kerisau anda akan hilang. Percayalah pada si dia yang diaakan setia dan menyayangi kita walaupun kita berada jauh dari dia.

2.   Setia

Salah satu ketika berjauhan adalah kesunyian.Sudah menjadi kebiasaan berjumpa, makan bersama-sama, keluar tengok wayangbersama, tiba-tiba dia jauh di mata. Apabila dia jauh, kita akan kesunyian. Danpada saat itu, kita mencari sahabat unutk menyubati kesunyian kita dengan dia.Dan ketika ini, jagalah batas kita dengan kawan-kawan. Jangan curang dengan sidia di sebabkan anda kesunyian.

3.    Berjumpalah walaupun seketika

Cinta jarak jauhmemerlukan komitmen yang tinggi.Jangan jadikan jauh sebagai alasan. Cuba luangkanmasa untuk berjumpa dengannya walaupun seketika. Janganlah tidak berjumpa langsung.Sudah pasti rindu di hati akan semakin memberontak bila kita berjauhan danketika ini mulalah perasaan curiga sudah wujud dalam hati. Jadi, apabila adamasa kelapangan itu, rancanglah untuk berjumpa. Sudah pasti ini akanmengeratkan lagi hubungan dan dapat mengurangkan rasa rindu itu.

4.    Kerap berhubung  walaupun seketika

Setiap malamsebelum tidur kalau boleh cuba hubungi si dia tanyakan khabar atau pun bermesejdengan dia atau cari masa untuk bermesej dengannya walaupun sekejap. Ini supayapasangan anda merasakan yang anda tidak pernah melupakannya walaupun berjauhan.Memang cinta perlukan komitmen tetapi ia akan menjadi sukar bila sebelah pihaksahaja yang memberikan komitmen. Jadi sama-samalah membantu dalam membinapercintaan ini.

5.   Saling memahami

Sikap memahami sangat penting dalam menjayakan cinta jarak jauh ini.Contohnya jangan ganggu dia apabila dia telah memberitahu anda yang dia sedangsibuk dengan pekerjaan. Jangan pula anda merajuk dan menyangka yang bukan-bukanterhadapnya. Cuba paham yang dia berkerja dan memerlukan komitmen yang tinggi.Ingat kembali, dia tidak pernah lupa menghubungi anda walaupun sibuk. Jangannak pikirkan pasal diri anda sahaja.

Cinta jarak jauh memang sukar. Memang meronta-ronta hati jika rindu itu datang. Apabila keseorangan, sudah pasti kitaakan terasa sangat kerinduan itu. Tetapi ingatlah, jangan jadikan jarak yangjauh itu sebagai pemusnah cinta anda. Jadikan ia sebagai satu cabaran yang akanmemberikan anda lebih bersemangat untuk meneruskan cinta itu.

Akhir kata, bercinta jarak jauh ni memang mencabar danmenguji banyak perkara. Tapi jika kau berjaya mengharungi, kau akan harungi kehidupan bersama dengan bahagia dan gembira- The Faiz Ibrahim

Share² lah yerr..
Categories Cinta