Tips Cepat Hamil Yang Boleh Diamalkan Secara Selamat

Tips cepat hamil ini boleh diamalkan dalam usaha pasangan mendapatkan zuriat. Walaupun ia tidak semestinya berhasil, tips cepat hamil ini adalah sebahagian ikhtiar yang sudah terbukti memberikan hasil kepada sesetengah pasangan.

Berikut ialah antara yang patut anda dan pasangan cuba amalkan untuk cepat hamil.

Hubungan Suami Isteri Pada Waktu Yang Tepat

Kadang-kadang kesukaran mendapat zuriat boleh sahaja berlaku hanya disebabkan faktor teknikal.

Ini termasuklah dari segi jarak masa anda dan pasangan melakukan hubungan intim.

Kajian pakar kesuburan dan produktif mendapati hubungan suami & isteri setiap hari tidak bagus untuk kesuburan wanita.  

Sebaliknya, pakar mencadangkan hubungan intim dilakukan dalam jarak selang sehari. Ini kerana kesuburan sel sperma mampu bertahan hanya hingga tujuh hari.

Justeru, ruang waktu patut diberikan agar sel sperma boleh terbentuk di antara hari-hari berkenaan.

Imej: jomvitamin.com

Kajian pakar kesuburan dan produktif mendapati hubungan intim setiap hari tidak bagus untuk kesuburan wanita.  

Sebaliknya, pakar mencadangkan hubungan intim dilakukan dalam jarak selang sehari. Ini kerana kesuburan sel sperma mampu bertahan hanya hingga tujuh hari.

Justeru, ruang waktu patut diberikan agar sel sperma boleh terbentuk di antara hari-hari berkenaan.

Ketahui Waktu Subur dan Rancang Kehamilan

Menghitung supaya mengetahui masa paling subur dalam satu-satu bulan juga dapat membantu setiap pasangan memperolehi zuriat cepat.

Setiap wanita hanya ada enam hari dalam sebulan sebagai masa terbaik untuk kemungkinan hamil setelah berlaku hubungan intim dengan pasangan.

Hari berkenaan ialah lima hari sebelum terjadi ovulasi, iaitu apabila satu telur atau lebih dilepaskan dari ovari anda. Inilah masa paling subur dalam kitaran haid anda.  

Imej: marriage.com

Proses ovulasi terjadi 14 hari sebelum datang haid. Setelah berlaku ovulasi, sel telur hanya mampu bertahan hidup selama satu hari. Ini bermakna 24 jam setelah ovulasi, inilah masa anda benat-benar subur.

Penelitian pakar kehamilan mendapati hubungan intim yang berlaku enam hari sebelum ovulasi adalah paling berkemungkinan untuk menyebabkan kehamilan.

Jadi, hitunglah dan perhatikanlah masa berkenaan.

Bantuan Aplikasi dan Teknologi

Kemudahan gajet dan teknologi terkini juga dapat dimanfaatkan untuk merancang supaya cepat hamil.

Kini banyak aplikasi yang dapat digunakan untuk merancang jadual kehamilan sebagai satu jenis ikhtiar. Contohnya, taip sahaja katakunci “pregnancy apps” pada Google Play Store telefon Android, anda boleh temui pelbagai aplikasi yang dapat membantu merancang kehamilan dengan merekodkan tempoh haid dan sebagainya.

Jumpa Doktor Pakar

Ini juga satu usaha yang tidak patut diabaikan. Jika anda sudah berusaha dengan cara-cara biasa untuk hamil tetapi tidak juga berjaya, anda dan pasangan mungkin patut menimbang untuk menemui doktor pakar.

Biasanya doktor pakar boleh menyiasat punca dan mencadangkan tips lebih tepat bagi kes anda.

Imej: netdoctor.com

Satu perkara yang sangat penting ialah jangan anda sebagai isteri seorang sahaja berjumpa doktor pakar. Ini kerana punca lambat hamil mungkin juga di pihak suami.

Pohon Pada Allah

Kadang-kadang sesetengah daripada kita lupa melakukan ini sedangkan siapa kita untuk berusaha itu dan ini jika Allah tidak mahu ia berlaku.

Jika anda seorang Muslim, pohonlah pada Allah. Amalkan doa khusus untuk cepat hamil. Ingat, anak juga sejenis rezeki. Dan, Allahlah pengurnia rezeki.

Jangan remehkan ini. Pohonlah dengan sesungguh hati. Mudah-mudahan dimakbulkan.