6 Tips Hilangkan Jerawat Cara Mudah Dan Alami

Tips hilangkan jerawat ini adalah satu cara mudah dan tidak berbahaya. Kebanyakan cara hilangkan jerawat ini menggunakan bahan alami atau bahan semulajadi yang boleh didapati secara mudah serta murah.

Foto Kredit: ohtuleth.ee

1- Lidah Buaya

Lidah buaya mengandung banyak bahan aktif, termasuk antioksidan, mineral, vitamin C dan vityamin E yang mampu membunuh bakteria, sekali gus menghilangkan jerawat.

Caranya ialah sapukan lidah buaya pada bahagian wajah yang ada jerawat, biarkan kira-kira lima minit, kemudian bilas.

Imej: infoalami.com

2- Bawang Putih

Bawang putih mengandungi bahan antiseptik yang mampu menghilangkan jerawat dengan cepat.

Caranya, tumbuk bawang putih hingga lumat dan sapukan pada jerawat, biarkan beberapa minit, kemudian bilas dengan air hangat.

3- Betik

Betik mengandungi enzim dan unsur antioksidan serta vitamin yang mampu menangani masalah radang kulit akibat jerawat.

Caranya potong betik kepada beberapa bahagian, lumatkan dan campurkan dengan satu senduk madu atau lemon lalu sapukan pada bahagian jerawat, biarkan kira-kira 15 minit dan bilas.

4- Putih Telur

Putih telur mengandungi enzim dapat menghancurkan sel bakteria yang menjadi punca jerawat.

Caranya ialah dengan asingkan putih telur dari kuning telur, goncangkan hingga kembang lalu sapukan pada wajah dan biarkan hingga kering sebelum bilas dengan air hangat.

5- Timun

Timun mengandungi unsur antioksidan, mineral, asid amino dan vitamin C yang mampu menghilangkan jerawat.

Caranya potong timun menjadi nipis, tampalkan pada wajah di bahagian berjerawat dan biarkan kira-kira 15 minit, kemudian bilas dengan air hangat.

6- Lidah Buaya
Lidah buaya mengandung banyak bahan aktif, termasuk antioksidan, mineral, vitamin C dan vityamin E yang mampu membunuh bakteria, sekali gus menghilangkan jerawat.

Caranya ialah sapukan lidah buaya pada bahagian wajah yang ada jerawat, biarkan kira-kira lima minit, kemudian bilas

------------------------

Banyak lagi cara lain yang anda boleh cuba untuk menghilangkan jerawat. Namun, pastikan ia menggunakan bahan alami atau bahan semulajadi.

Jangan sesekali menggunakan cara “paksaan” untuk menghilangkan jerawat kerana ia mungkin boleh menyebabkan radang kulit, sekali gus merosakkan wajah anda.