Tips Kecantikan Menggunakan 7 Bahan Alami dan Tradisional

Tips kecantikan boleh didapati di mana sahaja. Namun, apa yang anda akan baca ini ialah tips kecantikan bersifat alami dan tradisional. Ia selamat dan sudah terbukti berkesan. Ia bukan sebarang tips kecantikan.

Tips kecantikan boleh didapati di mana sahaja. Namun, apa yang anda akan baca ini ialah tips kecantikan bersifat alami dan tradisional. Ia selamat dan sudah terbukti berkesan. Ia bukan sebarang tips kecantikan.

Teh Hijau

Amalkan pengambilam teh hijau sekurang-kurangnya satu gelas sehari. Ia mampu menjadikan kulit anda bebas jerawat. Ini kerana teh hijau mengandungi antioksidan yang amat baik untuk sistem tubuh, seterusnya dapat membersih usus daripada toksin.

Madu

Ini bukan sebarang bahan. Madu sangat berguna bagi melembabkan kulit, terutama kulit wajah. Caranya sangat mudah. Hanya sapu madu asli ke seluruh wajah dan biarkan kira-kira sejam sebelum bilas.

Imej: bensbees.com.au

Kunyit

Ini juga bahan alami yang terbukti sangat bermanfaat untuk kecantikan. Gaul serbuk kunyit kira-kira satu sudu teh bersama jus nanas untuk menjadikannya pes. Oles pes itu ke kulit wajah dan leher. Biarkan ia kering, kemudian bersihkan dengan air suam. Amalkan dua atau tiga kali seminggu.

Tomato

Ini bahan semulajadi yang sangat kaya dengan vitamin yang dapat melembabkan serta mencerahkan kulit wajah. Kisar tomato dan perah lemon lalu sapukan pada wajah. Biarkan kira-kira 30 minit. Kemudian, bilas menggunakan air bersih.

Imej: medium.com

Pisang

Pisang juga mujarab untuk kecantikan. Ia mampu mengatasi kulit kering dan kusam. Caranya sangat mudah, iaitu hanya campurkan pisang dengan sedikit madu dan sapukan pada seluruh wajah. Biarkan selama 30 minit, kemudian bilas.

Lemon

Ini juga bahan ajaib untuk maksud kecantikan. Campurkan dua sudu teh air perahan jus lemon dan gula. Kemudian, sapu pada kulit wajah, leher dan kedua-dua belah tangan. Biarkan kira-kira 10 minit sebelum bilas menggunakan air suam. Amalkan sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Imej: sobeys.com

Bawang Merah

Cara ini sangat klasik. Ia amalan generasi lama yang sudah terbukti berkesan. Caranya mudah sahaja, iaitu jadikan bawang merah sebagai ulam kira-kira dua kali seminggu. Bahan alami ini sangat baik untuk edaran darah dan kecantikan kulit.

Cubalah. Cara alami dan tradisional ini tidak bahaya, malah berkesan jika diamalkan selalu.