Tips Mudah Bersalin Dengan Cara Senaman, Pemakanan dan Kerohanian

Tips mudah bersalin adalah antara tips yang banyak dicari di Internet. Jika ada satu cara yang boleh memudahkan proses bersalin, sudah tentu ia amat membantu. Ini kerana darjah kesakitan ketika bersalin tidak dapat digambarkan dengan kata-kata

Imej: india.com

Berikut sebahagian daripada tips mudah bersalin yang boleh diamalkan. Mudah-mudahan ia membantu mengurangkan sakit bersalin serta memendekkan tempoh masa sakit bersalin.

Imej: momjunction.com

Senaman

1. Senaman Pelvis. Ia bagus kerana otot pelvis yang kuat akan membantu memudahkannya menerima tekanan ketika proses bersalin.

2. Berjalan. Banyakkan aktiviti berjalan kaki dan naik tangga. Ini boleh dilakukan di sekitar rumah atau kejiranan terdekat.

3. Latihan Bersila. Duduk bersila dan satukan kedua-dua tapak kaki, pegang jari-jari kaki lalu tolak kedua-dua tapak kaki ke arah va**na.

Imej: summersymphonylive.com

Pemakanan

1. Sayur. Amalkan makan kacang bendi. Lendir dan cairan bendi dipercayai boleh membantu memudahkan kelahiran bayi.

2. Milo. Amalkan minum Milo yang dicampurkan dua sudu atau tiga sudu marjerin. Cara ini dipercayai boleh membantu laluan keluar bayi mudah terbuka.

3. Telur Separuh Masak. Amalkan makan telur separuh masak untuk mendapatkan tenaga ketika bersalin pada dua minggu sebelum tarikh jangka bersalin. Lebih baik jika ayam kampung.

Kerohanian

1. Surah Maryam. Amalkan selalu membaca Surah Maryam bagi memudahkan proses bersalin.

2. Zikir. Amalkan kalimah “Ya Khaliq, Ya Barri, Ya Musawwir” sebanyak 21 kali dan hembuskan dalam segelas air, lalu minum.

3. Surah al-Fatihah. Ketika memasuki bilik bersalin, bacalah Surah al-Fatihah sebanyak-banyaknya serta doa Nabi Yunus. Selain itu, ulangi kalimah “Ya Fattah” untuk mengurangkan sakit bersalin.