Tips Menjadi Pelajar Cemerlang Yang Patut Anda Amalkan

Tips Menjadi pelajar cemerlang, cemerlang adalah matlamat kebanyakan pelajar serta ibubapa. Tidak mudah, tetapi tidak mustahil.

Berikut ialah beberapa tips yang boleh diikuti jika anda mahu muncul sebagai pelajar cemerlang.

1. Berfikiran Positif. Ini sangat penting, malah ia akar umbi bagi mana-mana juga kejayaan. Berfikirlah secara positif bahawa anda mampu berjaya dan menjadi pelajar cemerlang. Tanamkan ini sepanjang masa di dalam minda. Dampingilah mereka - saudara mara dan sahabat handai - yang sentiasa berfikiran positif. Kemudian, anda akan tergerak ke arah kejayaan itu dengan sendirinya.

Imej: club.com

2. Otak Kiri dan Otak Kanan. Ketahuilah bahawa manusia dikurniakan otak kanan dan otak kiri. Gunakan kedua-dua otak kanan & otak kiri dengan melakukan aktiviti yang dapat merangsang dan mencergaskan kedua-dua belah otak berkenan. Ini termasuklah menerusi aktiviti yang banyak menggunakan jari-jemari,  bermain teka teki, bercerita dan mengimbas nombor.

3. Pengurusan Masa. Ini juga sangat penting. Pengurusan masa ibarat “masa itu emas” memerlukan disiplin serta kepatuhan kepada peraturan dan jadual yang kita atur sendiri. Setiap detik mesti dimanfaatkan sebaik mungkin. Sekurang-kurangnya setiap pelajar yang mahu mencapai kecemerlangan mesti memperuntukkan lima jam setiap hari bagi ulangkaji di rumah.

4. Persekitaran Kondusif. Belajar tidak wajar sembarangan. Ia perlukan tempat dan persekitaran yang kondusif kerana semua itu memberi kesan kepada tahap penguasaan ilmu dan hafalan. Persekitaran kondusif termasuklah tiada gangguan bunyi bising serta dalam cahaya terang.

Imej: houzz.com

5. Pembelajaran Berasaskan Ouput. Maksudnya ialah dengan mengulangkaji menggunakan pendekatan pembejalaran berasaakan output (output learning), iaitu belajar sambil melatih otak menggunakan maklumat yang diperolehi. Caranya ialah dengan membaca buku atau nota, kemudian cuba hafal atau mengingat semula semua maklumat berkenaan.

6. Segera Mengulangkaji. Jangan ambil masa terlalu lama untuk mengulangkaji. Lebih elok jika terus ulangkaji sebaik pulang dari sekolah. Ini kerana otak manusia mudah lupa sehingga lebih separuh daripada apa yang dipelajari beberapa jam selepas sesi pembelajaran. Jadi, segeralah buat ulangkaji sama ada secara bersendirian atau berkumpulan.

7. Teknik Ulangkaji. Cara seseorang mengulangkaji pelajaran juga boleh menentukan kejayaannya dalam akademik. Ini bermula dengan mencari tempat selesa, senyap serta nyaman untuk ulangkaji, duduk di kerusi yang selesa dan membaca doa penerang hati. Penting juga membaca buku dan nota menggunakan teknik betul serta menghafal dan menulis semula apa yang dibaca.

Banyak lagi tips lain yang boleh diamalkan. Pelajar boleh membuat rujukan lanjut untuk mendalami perkara ini dalam usaha untuk muncul sebagai pelajar cemerlang.