7 Tips Penjagaan Muka Secara Semulajadi dan Selamat

Tips penjagaan muka adalah info penting yang sepatutnya mendapat keutamaan semua wanita dan lelaki. Lebih penting ialah bagaimana penjagaan muka secara semulajadi agar ia selamat serta tidak memungkinkan kerosakan wajah.

Berikut ialah antara cara alami dan semulajdi yang dapat diamalkan dalam penjagaan muka.

1. Kunyit Hidup

Gunakan kunyit hidup. Kunyit sangat berkhasiat memutihkan kulit muka. Kulit wajah anda bukan setakat cerah dan putih, bahkan bersinar dan menyerlah.  

Caranya campurkan hingga sebati satu sudu makan kunyit hidup yang sudah dikisar halus dengan madu kira-kira setengah sudu makan. Kemudian sapu rata pada pada wajah dan biarkan kira-kira 10 minit lalu bilas hingga bersih.

Imej: ramenpedas.com

2. Nutrisi Seimbang

Nutrisi atau pemakanan mengandungi acid lemak omega dan antioksida sangat penting untuk kesihatan muka. Untuk itu, banyakkan pengambilan buahan segar seperti tembikai, oren dan seumpamanya serta sayuran.

3. Air Putih

Air putih yang bersih sangat bermanfaat untuk kesihatan wajah. Seseorang patut meminum air putih sekurang-kurangnya lapan gelas sehari bukan sahaja untuk menyihatkan tubuh, malah muka. Kulit akan menjadi lebih segar serta tidak kering.

4. Teh dan Madu

Ini juga bahan semulajadi yang sangat bagus untuk kesihatan muka. Caranya campurkan serbuk teh dan madu dan jadikan seperti skrab lalu sapukan pada wajah. Skrub itu boleh dimasukkan ke dalam balang kaca dan simpan di dalam peti sejuk.

5. Oren dan Susu

Kandungan vitamin C pada kulit oren mampu menghalang radikal bebas yang merosakkan sel pada kulit. Susu pula dapat menghilangkan kotoran serta berfungsi sebagai bahan pencerah semula jadi. Caranya parut kulit luar oren, kemudian tambahkan susu hingga menjadi agak kental. Sapukan pada kulit wajah yang kusam dan kering.

Selain amalan berkenaan, penjagaan muka mestilah mengelak beberapa amalan tertentu.

6. Pencuci Muka

Pencuci muka terbukti mengandungi kimia berbahaya yang mungkin boleh merosakkan muka atau menjadkannya berminyak. Justeru, cuba elakkan atau kurangkan memakai pencuci muka yang bertujuan menghilangkan minyak pada muka.

Ini kerana, dalam setengah kes, penggunaan bahan pencuci muka tertentu boleh menyebabkan muka menjadi lebih berminyak.

Imej: bugarfit.com

7. Bahan Sulfat

Sesetengah produk pembersih muka dan sabun juga mengandungi unsur paraben, sulfat dan silikon tinggi.

Dengan itu, penggunaan bahan-bahan berkenaan boleh menyebabkan kulit muka menjadi kering, malah mengelupas dan gatal.  

Berhatilah-hatilah dalam penjagaan muka. Utamakan bahan alami dan semulajadi kerana ia lebih selamat.