Video Ridzuan & Ziyad Menyanyikan Lagu Negaraku Ini Pasti Membuat Anda Sebak

Lagu Negaraku berkumandang 2 kali dalam satu hari di bumi Rio, Brazil.

Gambar sumber Says.com

Tanggal 11 September 2016 telah mencatatkan sejarah Malaysia memenangi 2 pingat emas pertama Kejohanan Paralimpik 2016 di Rio, Brazil.

https://twitter.com/KBSMalaysia/status/774720456989343744

Ketika rakyat Malaysia sedang tidur, Ridzuan Puzi berjaya merebut pingat emas pertama untuk negara dalam acara 100 meter T36 (Cerebral Palsy) dengan rekod masa 12.07 saat.

Yahoo! Image

Pingat Emas kedua negara diraih oleh Ziyad Zolkefli dalam acara Lontar Peluru F20 (intellectual disability). Ziyad turut berjaya memecahkan rekod Paralimpik dengan jarak lontaran sejauh 16.84 meter. Rekod Paralimpik sebelum ini di pegang oleh Todd Hodgetts dari Australia pada tahun 2012 dengan jarak lontaran 16.29 meter.

Ridzuan Puzi menyanyikan lagu Negaraku dari atas podium

Giliran Ziyad menyanyikan Negaraku bersama pingat emas yang dimenanginya